Sinopsis Aku Ada Wali TV AlHijrah

Sinopsis Drama Aku Ada Wali TV AlHijrah
Aku Ada Wali mengisahkan seorang gadis bernama Khazinatul Asrar yang mengutamakan persahabatan. Dia sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal rakannya.

Sinopsis drama Aku Ada Wali TV AlHijrah, pelakon dan gambar drama Aku Ada Wali, Aku Ada Wali episod akhir, review drama Aku Ada Wali
Drama Aku Ada Wali siaran TV AlHijrah

Khazinatul Asrar menjadi pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.

Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya, Tsabit kacukan Libya-Melayu yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Khazinatul Asrar berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar perubatan, Mukhlisin. Jejaka ini menggunakan Hijriah, rakan sebilik Khazinatul Asrar untuk menghantar nota misteri kepadanya.

Sinopsis drama Aku Ada Wali TV AlHijrah, pelakon dan gambar drama Aku Ada Wali, Aku Ada Wali episod akhir, review drama Aku Ada Wali
Drama Aku Ada Wali sampaikan mesej positif pada penonton

Bagaimanapun, Khazinatul Asrar tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk berkawan dengannya. Asraf, keluarga angkat gadis ini pula sering menghantar surat dari Turki tetapi sampai ke tangan Hijriah. Surat itu dibalas Hijiriah kerana dia tidak mahu sesiapa menjadi penghalang antara Khazinatul Asrar dengan Mukhlisin.

Khazinatul Asrar juga diuji dengan tingkah laku Hijriah, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Hijriah supaya kembali ke pangkal jalan. Tonton kesudahannya menerusi drama Aku Ada Wali di tv alhijrah.

Pelakon Drama Aku Ada Wali
Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi

Gambar Drama Aku Ada Wali 
Sinopsis drama Aku Ada Wali TV AlHijrah, pelakon dan gambar drama Aku Ada Wali, Aku Ada Wali episod akhir, review drama Aku Ada Wali

Saksikan drama Aku Ada Wali
Jumlah episod drama Aku Ada Wali: 13
Tarikh drama Aku Ada Wali mula disiarkan: 28 Mei 2015
Hari: Isnin – Rabu
Jam: 2.30 petang
Saluran: TV AlHijrah 114


EmoticonEmoticon