Baca Online Novel Langit Cinta

Ada yang tercari-cari bahan bacaan online untuk novel Langit Cinta? Haa…berita baik untuk semua. Sebahagian bab dalam novel Langit Cinta ni telah disiarkan untuk bacaan umum. Sambil tonton filem Langit Cinta, boleh tahu jalan cerita filem tersebut. Jom baca novel online!

Baca Online Novel Langit Cinta
Novel Online Langit Cinta PROLOG , Bab 1 , 2 , 3 , 4 , 5 ,
Baca Online Novel Langit Cinta BAB 6 , 7 , 8 , 9 , 10 ,
Novel Online Langit Cinta BAB 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 ,

Gambar Filem Adaptasi Novel Langit Cinta Penulis Damya Hanna
Baca online novel Langit Cinta, baca novel online Langit Cinta penulis Damya Hanna, download novel Langit Cinta, gambar novel dan filem Langit Cinta, sinopsis filem Langit Cinta, review novel Langit Cinta

Sinopsis Ringkas Filem Langit Cinta
Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan jejaka kaya, Alif Zulkarnain (Keith Foo) dengan gadis kampung, Khadijah (Nur Fazura). Dek kerana itu, keluarga Alif menentang sekerasnya! Namun, Alif nekad memperisterikan Khadijah. Cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Alif lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri.

Suatu hari, Alif telah menerima berita mengenai keluarganya. Berita itu memaksa Alif meninggalkan kampung halaman isterinya. Lebih mengharukan, Alif terpaksa berjauhan dengan isterinya yang dicintai. Alif berjanji kepada Khadijah bahawa dirinya akan kembali dengan segera.

Semenjak pemergian Alif, Khadijah menunggu ketibaan suaminya di jeti namun tidak kunjung tiba. Begitulah keadaannya setiap hari. Lebih 5 bulan berlalu, namun kelibat Alif tidak muncul juga. Khadijah diserang rasa sedih, kesunyian, malah kini dia sedang hamil 6 bulan.

Akan bersatukah Alif bersama Khadijah? Selepas usaha keluarga Alif ingin memisahkan mereka habis-habisan. Bagaimana Khadijah ingin memaklumkan berita kehamilannya pada Alif? Saksikan segalanya dalam filem Langit Cinta yang bakal ditayangkan pada akhir tahun 2015. Ataupun boleh dapatkan novel Langit Cinta ni di pasaran bulan Ogos kelak.

3 comments


EmoticonEmoticon