Drama Keluarga Pontimau TV3

Drama Keluarga Pontimau Lakonan Keith Foo & Marsha
Drama penuh aksi menampilkan Keluarga Pontimau yang bakal bersiaran di kaca tv kelak. Gabungan pelakon hebat dan juga suntikan teknologi animasi 3D ke dalam drama aksi ini. Mesti best!

Sinopsis Drama Keluarga Pontimau TV3 Slot Aksi
Keluarga Pontimau mengisahkan sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan gemar memakan daging mentah. Eddy membedal ayam, itik di kawasan kejiranannya. Hinggakan jirannya membuat penyiasatan siapa dalang di sebalik kehilangan haiwan ternakan mereka.


Drama Keluarga Pontimau TV3 Slot Aksi, sinopsis drama Keluarga Pontimau TV3, review drama Keluarga Pontimau TV3, pelakon dan gambar drama Keluarga Pontimau TV3

Isterinya bernama Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak yang anggun dan suka bergaya. Menjadikan lembu sebagai binatang peliharaan. Itu membuatkan jiran mereka kehairanan dengan sikap pelik Elvira. Lembu yang dinamakan Beyonce itu hampir sahaja menjadi santapannya akibat dirinya yang kehausan darah. Namun, dek kasihan melihat lembu, Elvira memutuskan untuk menjadikannya haiwan kesayangan.

Elvira dan Eddy mempunyai 2 orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma.

Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar? Saksikan segalanya dalam Keluarga Pontimau di kaca tv anda.  

Pelakon Drama Keluarga Pontimau TV3
Keith Foo sebagai Eddy (Harimau Jadian)
Marsha Milan sebagai Elvira (Pontianak)
Sean Lee sebagai Joe
Amelia Henderson sebagai Sabrina
Esma Daniel sebagai Jabar
Yasmin Hani sebagai Julia
Lee Yvonne sebagai Hilda
Dazrin Kamaruddin sebagai Rayyan

Gambar Drama Keluarga Pontimau TV3 
Drama Keluarga Pontimau TV3 Slot Aksi, sinopsis drama Keluarga Pontimau TV3, review drama Keluarga Pontimau TV3, pelakon dan gambar drama Keluarga Pontimau TV3
Drama Keluarga Pontimau TV3 lakonan Keith Foo dan Marsha

Saksikan drama Keluarga Pontimau Slot Aksi
Jumlah episod drama Keluarga Pontimau: 13 (episod akhir)
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

4 comments

Lama dah x tgk drama kat tv.. Nie nampak promising.. Tambah2 bila pengarahnya Khabir Bhatia..


EmoticonEmoticon