Sinopsis Drama Babyana TV2 | Review Baby Ana TV2
Babyana
mengisahkan seorang wanita bernama Yana (Uqasha Senrose) yang menggalas
tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada anaknya yang berusia 3 tahun, Baby
(Qistina). Hubungan Yana dan ibunya tegang apabila ibunya mendengar berita
kehamilan Yana. Pelbagai fitnah dilemparkan ke atas Yana hingga membuatkan
ibunya membenci Yana.
Di kota,
Yana membuat kerja sambilan sebagai modeling. Ketika itulah Yana berkenalan
dengan Ray / Rahman (Sharnaaz
Ahmad). Ray jatuh cinta terhadap Yana dalam diam. Perlahan-lahan Ray
mendekati dan mengambil hati Yana. Siapa sangka, cinta Ray terbalas. Melihat keikhlasan
Ray, Yana menerima Ray dengan hati terbuka. Ray ingin membawa hubungan mereka ke
arah lebih serius.
Hubungan Ray dan Yana dicemburui oleh Shikin
(Risteena Munim). Ini kerana sejak dari dulu lagi, dia menaruh perasaan
terhadap Ray. Namun cintanya tak terbalas. Shikin merencana ingin menghancurkan
hubungan Ray dan Yana. Shikin mengupah Ash / Abu (Dafi AF) untuk menyoal
selidik latar belakang Yana.
Ada satu rahsia besar yang dipegang
oleh Yana. Rahsia itu disimpan serapinya. Ketika berkenalan dengan Ray, Yana
memberitahu dia adalah anak yatim piatu. Namun, selepas Shikin membongkar kisah
keluarga Yana, Ray begitu kecewa. Dek kerana itu, Ray membuat keputusan ingin memutuskan
hubungan dengan Yana.
Walaupun sedih, Yana akur pada
keputusan Ray. Di rumah, Yana cuba bermuhasabah diri untuk menghadapi perasaan
sedihnya. Rakan serumahnya iaitu Lily (Reen Rahim)
sentiasa memberi kata-kata positif buat Yana.
Serabut dengan permintaan ayahnya yang
ingin berjumpa dengan bakal isterinya, Ray memutuskan untuk membawa Shikin
berjumpa orang tuanya. Pada awalnya Datin Suhaila (Zarina Zinuddin) tidak
berkenan terhadap Shikin. Datuk Bakri (Arash Mohd) menyambut kehadiran Shikin
dengan terbuka. Tambahan lagi, Shikin adalah anak kepada sahabatnya.
Adakah Shikin bakal menjadi isteri
Ray? Akan kembali bertautkah cinta Ray dan Yana? Siapakah ayah sebenar Baby? Saksikan
segalanya dalam drama Babyana di TV2. Episod kemuncak: Babyana
TV2 Episod Akhir
Gambar Drama Babyana TV2
Drama Babyana merupakan drama terbaru yang menggantikan drama Parut
Cinta sebelum ini. Apa yang menarik, drama Babyana ini dilakonkan oleh pelakon hebat Sharnaaz Ahmad dan pelakon si jelita Uqasha Senrose. Teringin nak tahu ending drama ni. Sama-sama kita
tengok drama Babyana
hingga episod akhir k.
Drama Babyana lakonan Uqasha Senrose
Saksikan drama Babyana
Tarikh Babyana mula
disiarkan: 29 April 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 1.00 petang
Saluran: TV2
8 comments
Sinopsis macam menarik. Tapi siaran pukul 1 petang. Mmg susah la nak tengok. Kena tengok online la kot. Btw jom singgah blog sy :)
macam best je. hehe
aah jam tak cun sangat
boleh record drama babyana tv2 ni kalau ada astro pvr
tak pun tengok secara online
sharnaaz ahmad berlakon mesti best
dah tengok semalam satu episod. cerita ni cerita lama ye? sebab uqasha tak bertudung dlm cerita ni..
rasanya kot
sebab dalam drama babyana ni uqasha tak pakai tudung
sekarang kan dia dah berhijab
shoot untuk tahun yang lepas2
macam best jer...lebih2 g bila sharnaaz berlakon..
sudi-sudilah lawat blog saya
http://85mutiarabeauty.blogspot.com
baru tengok tadi. nampak gaya macam best. pelakon pun hebat hebat belaka.
EmoticonEmoticon