1 Juta Rakyat Malaysia Langgan Astro NJOI

1 Juta Rakyat Malaysia Langgan Astro NJOI
Tahniah buat Astro NJOI sebab dah mencapai jumlah pelanggan sebanyak 1 juta pada Mei 2015. Kejayaan yang sangat besar tu! Rumah siapa yang ada Astro NJOI angkat tangan!!! Tahniah buat korang yang langgan Astro NJOI sebab dengan pemasangan Astro NJOI kat rumah ianya lebih menjimatkan berbanding langanan pakej Astro yang tiap-tiap bulan tu.
1 juta rakyat malaysia langgan astro njoi, penukaran pakej family astro ke astro njoi, pakej yang terkandung dalam astro njoi, cara beli astro njoi, harga bayaran astro njoi, kelebihan & manfaat pasang astro njoi kat rumah, kekurangan astro njoi, gambar astro njoi
Astro NJOI capai 1 juta pelanggan. Tahniah!

Rumah Bapak Ada 2 Piring Astro NJOI
Memandangkan cara pembayaran Astro NJOI yang tak perlu bayar tiap-tiap bulan, tiada bil bulanan, so bapak aku pun pasang la 2 piring Astro NJOI ni kat rumah. Satu letak dalam bilik dia, satu lagi letak kat ruang tamu.

Penukaran Pakej Family Astro Ke Astro NJOI
Sebelum ni, rumah bapak guna pakej family Astro yang bayaran sebanyak RM42.35 tu. Yang tu, aku bayar tiap-tiap bulan. Pihak Astro pun sangat rajin mempromosi Astro NJOI ni kat kampung-kampung. So bapak aku pun bagitau kat aku yang dia kata tukar je la pakej family Astro tu ke Astro NJOI. Murah, tak perlu bayar bulan-bulan, menjimatkan. Aku apa lagi..iye terus!!! Dapat la jimat duit aku. Hihihi..

Astro NJOI atau dikenali Perkhidmatan TV Satelit Percuma kini makin mendapat langganan tinggi dan dipasang di setiap rumah. Nak berjimat, haruslah bertukar kepada yang lebih menguntungkan. Kan kan kan..

Pakej Yang Terkandung Dalam Astro NJOI
Ada 26 saluran TV dan 20 saluran radio percuma. Walaupun bilangan channel dalam Astro NJOI ni tak banyak, tapi puas hati la, sebab boleh tengok siaran tv dengan lebih jelas. Kalau pakai arial tv tu, errr nampak lebah je. Siaran tak kuat kat kampung. Better pakai Astro NJOI. Bayar 1 kali je.

1 juta rakyat malaysia langgan astro njoi, penukaran pakej family astro ke astro njoi, pakej yang terkandung dalam astro njoi, cara beli astro njoi, harga bayaran astro njoi, kelebihan & manfaat pasang astro njoi kat rumah, kekurangan astro njoi, gambar astro njoi
Saluran TV dan radio dalam Astro NJOI

Harga Bayaran Astro NJOI
Harga Runcit Yang Disyorkan *RM263
* Harga termasuk GST
* RM100 caj pemasangan akan dikenakan
* Tertakluk kepada terma & syarat

Kekurangan Astro NJOI
Saluran TV agak terhad. Tak banyak pilihan. Kalau nak tengok saluran lain yang bukan dalam pakej Astro NJOI kena beli kad reload atau kad topup Astro NJOI. Baru boleh tengok cerita yang kita suka tu. Nak beli kad topup Astro NJOI, ianya tidak dijual dikedai biasa mahupun kedai reload. Kena beli menerusi kedai yang menawarkan Astro NJOI. Leceh kan. Sebab aku pernah alaminya. Punya la susah nak cari kedai jual kad topup Astro NJOI ni. Nak beli menerusi online pun boleh, tapi perlukan data internet la.

Kelebihan & Manfaat Pasang Astro NJOI Kat Rumah
Macam aku ceritakan kat atas, kelebihan guna Astro NJOI sebab bayar sekali je. Tak perlu bayar tiap-tiap bulan. Tiada bil bulanan. Lebih jimat. Boleh simpan duit untuk perkara lain.

Astro oh Astro…

5 comments

betul2. not bad la Njoi .dekt rumah pun pasang Njoi 1, kalau astro yg bayaq bulan2 tu bukan semua channel tgok pun. hik.

Sayapun pasang Njoi sebab nk dptkan siaran tv..kalau pakai ariel yg biasa tu hanya tv tertentu je clear..tp tu lah, bila ujan je ilang.kira ok lah byr sekali je..

Fuyoohh. Ade lagi baruuu. Baru betulbetul njoiii !

Wehuuu.

Bagus njoi ni.. Krg sket bdk2 bole tgk tv :D


EmoticonEmoticon