Sinopsis
Episod Akhir Drama Babyana TV2 | Episod 13
Yana (Uqasha Senrose) dan Baby (Qistina)
terlibat dalam kemalangan. Ibu Yana segera berjumpa dengan Datuk Bakri (Arash
Mohd) dan Datin Suhaila (Zarina Zinuddin) untuk berbincang penyerahan jagaan
Baby. Yana masih lagi di hospital.
Drama Babyana di TV2 telahpun tamat [episod akhir - episod 13] |
Adila (Ezzaty Abdullah) seperti orang hilang akal dan mengamuk apabila melihat Baby. Adila memaki hamun dan meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Yana. Baginya, Yana memang patut terlibat dalam kemalangan. Mendengar cemuhan itu, Lily (Reen Rahim) berasa berang lantas mempertahankan Yana. Tanpa sedar, Lily telah mendedahkan rahsia terbesar Adila!
Rupa-rupanya anak yang dijaga oleh
Yana adalah anak Adila. Anak Adila bersama teman lelakinya. Awalnya, Adila
ingin menggugurkan kandungannya namun ditegah oleh Yana. Yana sanggup mengambil
tanggungjawab untuk membela bayi itu. Malah penyakit HIV yang dihidapi oleh
Baby datangnya dari ibunya sendiri, Adila!
Seluruh keluarga merasa terkejut
dengan pendedahan itu. Termasuk ibu Yana. Selama ini, dia bermasam muka dnegan
anaknya kerana salah faham gara-gara kehadiran Baby. Ibu dan ayah Adila berang
mendengar kenyataan itu. Adila melarikan diri selepas ditampar oleh ibunya. Hancur
luluh perasaan hati seorang ibu.
Ray /
Rahman (Sharnaaz
Ahmad) juga dimarahi kerana bersengkokol dengan
adiknya demi menutup aib adiknya. Dan kerana itu juga, hubungan cinta Ray dan Yana
punah!
Ray berjaya
menemui Adila yang kelihatan seperti orang gila di tengah jalan. Dia sudah
tidak mengenali dirinya sendiri. Malah penyakit HIV yang dihidapinya bertambah
serius. Ray berjanji pada orang tuanya akan sama-sama bertanggungjawab menjaga
adiknya.
Ray pergi
menemui Yana dan memohon maaf ke atas apa yang berlaku selama ini. Yana berkata
dia telah lama memaafkan Ray. Namun peluang untuk terjalin kembali bersama Ray telah
tertutup. Hati Yana begitu kecewa sebelum ini dan dia memutuskan untuk
berstatus sahabat sahaja bersama Ray. Ray akur dengan keputusan Yana.
Yana bahagia
meneruskan hidupnya bersama Baby. Walaupun bukan ibu sebenar, namun hubungan
utuh Yana dan baby semakin erat. Yana amat menyayangi Baby. Lily kini menjadi
model muslimah berhijab, begitu jua Yana. –Tamat-
Pelakon
yang menjayakan drama Babyana TV2 hingga episod akhir
Uqasha Senrose - Yana
Sharnaaz Ahmad – Ray / Rahman
Risteena Munim - Shikin
Reen Rahim - Lily
Dafi AF – Ash / Abu
Ezzaty Abdullah – Adila
Leeza Zain – Mak Minah
Kuza – Mak Munah
Arash Mohd – Datuk Bakri
Zarina Zinuddin – Datin Suhaila
Qistina – Baby 3 tahun
Gambar
Drama Babyana TV2 Episod Akhir
Episod akhir drama Babyana TV2 |
Pengajaran
Drama Babyana TV2 Episod Akhir
1. Jauhi zina dan seks bebas.
2. Sedalam mana rahsia disimpan, pasti
suatu hari akan terbongkar jua. Kebenaran pasti akan muncul di pihak yang
benar.
3. Jika ada apa-apa masalah,
berbincanglah dengan keluarga terlebih dahulu. Jangan dipendam keseorangan. Sebab
mungkin akan mencetuskan salah faham dan merenggangkan hubungan.
Drama Babyana TV2 lakonan hebat Uqasha
Senrose & Sharnaaz Ahmad:
Drama Babyana TV2 episod akhir telah
pun disiarkan pada 20 Mei 2015
Hari: Selasa
Jam: 1.00 petang
Saluran: TV2
5 comments
Yeayy.. berjaya follow cerita ni sampai ending. Nasib baik episod dia tak panjang.. =D
Laa dah habis ke? Haha. Sy prnh tgk episod awal awal je. Sekejap betul habis.
drama babyana tv2 ni berjumlah 13 episod je. tu yg habis cepat
cepat je drama babyana ni ditayangkan.
Mcm best jep baca sinopsis citer nie... InsyaAllah jap lagi try tengok (=
Heheee
EmoticonEmoticon