Sinopsis Novel Kimchi Untuk Awak
Kimchi Untuk Awak
mengisahkan pertemuan gadis Melayu dengan jejaka kacukan Korea. Orang kata,
kalau dah jodoh, pusing satu dunia, akhirnya bertemu jua. Bella pelajar lulusan
universiti di Seoul, Korea Selatan.
Cuti semester bakal bermula. Bella bersiap-siap
untuk kembali ke Malaysia. Namun, insiden yang tak terduga berlaku di Lapangan
Terbang Antarabangsa Incheon. Dalam kelam kabut menuju balai berlepas, Bella terlangar
dengan seorang lelaki kacukan Melayu Korea. Hmmm..orangnya sangat kacak!
Disitulah Bella mula mengenali Danial Lee Jae Hwan. Bagi Bella sendiri, ketika
itulah bermulanya kehidupannya yang penuh kacau-bilau.
“Jang-nim!” - Danial Lee.
“Kalau aku buta, kau tu apa?
Samseng?!” - Bella.
Tak cukup dengan insiden itu, kak long
pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden
syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman
apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin
berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin
menyatukan Bella dan Danial Lee.
Satu insiden yang berlaku di kampung
membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam
hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang
sengaja diadakan oleh Yoo Ri.
Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung,
Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi
Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan
Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella
mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada
Bella? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Kimchi Untuk Awak di pasaran. Ataupun anda boleh juga baca menerusi online: BACA ONLINE NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK
Gambar Novel Kimchi Untuk Awak
Novel Kimchi Untuk Awak bakal diadaptasi ke drama tv |
Harga novel RM29.00
Penulis novel: Suri Ryana
Novel Kimchi Untuk Awak antara karya novelis terkenal Suri Ryana. Novel ini
dahpun berada di pasaran. Siapa yang minat drama Korea kena dapatkan novel ni. Jalan
ceritanya sangat menarik! Kisah percintaan gadis Melayu dan jejaka hensem
Korea. Pada awalnya, novel ni dikenali sebagai Kimchi Untuk Dia. Namun, ditukar kepada Kimchi Untuk Awak. Oh ya, novel ni bakal diadaptasi ke drama tv
tau. Wah excited nak tengok!
Gambar Kimchi
Kimchi makanan popular di Korea. Pernah beli kimchi melalui kawan. 1 kontena kecil berharga RM12. Rasa kimchi masam dan pedas. |
Untuk yang teringin nak tahu bagaimana
rupa makanan kimchi yang sangat terkenal kat Korea ni. Boleh lihat gambar kat atas. Kimchi makanan tradisi
rakyat Korea sejak dahulu kala.
EmoticonEmoticon