Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3 Slot Akasia
Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan Dewi Yusra (Nur Fathia Latiff) yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak melalui hubungan nikah yang sah. Berbagai ujian saringan dilakukan ke atas calon suaminya namun kesemuanya tidak memenuhi kriteria yang Dewi inginkan.

Sinopsis drama Dia Isteri Luar Biasa TV3 Slot Akasia, review drama Dia Isteri Luar Biasa TV3, pelakon dan gambar drama Dia Isteri Luar Biasa TV3, OST lagu tema drama Dia Isteri Luar Biasa TV3, Shukri Yahaya – Raden Amzar, Nur Fathia Latiff - Dewi Yusra, Keith Foo – Kamarul / Cik Kem

Malah Kamarul (Keith Foo) yang turut dikenali Cik Kem turut sama mengambil bahagian. Namun ditolak mentah-mentah oleh Dewi. Mana tidaknya, Dewi begitu geli dengan perwatakan Cik Kem yang begitu lembut, seakan encik sotong. Tidak dapat Dewi bayangkan, anaknya nanti juga selembut Cik Kem.

Eda (Nonny Nadirah │ Noni AF5) merupakan teman rapat Dewi. Malah mempunyai seorang anak perempuan yang begitu rapat dengan Dewi sehingga menggelar dirinya mama. Eda sering sahaja didera suaminya, dek kerana itu Dewi sering mempertahankan Eda. Dewi membenci layanan kasar dan sikap kaki perempuan suami kepada rakan baiknya. Mungkin kerana itu juga Dewi terlalu memilih dan cerewet pasal jodohnya.

Masa silam sering menghantui Dewi. Dia masih terbayang-bayang betapa ganas sikap ayahnya yang sering memukul ibunya. Peristiwa hitam itu memberi kesan ke atas hidupnya. Dia tidak mahu mempercayai lelaki. Namun, kerana ingin menunaikan hajat hatinya yang inginkan anak dari rahimnya sendiri, dia memutuskan akan mengahwini lelaki di kalangan gen terbaik, terhebat, alim dan bijaksana.

Siapa sangka hajat Dewi bakal tertunai. Seorang jejaka kacak bernama Raden Amzar (Shukri Yahaya) telah lama jatuh hati padanya. Raden mempunyai pakej yang cukup lengkap! Memenuhi standard calon suami digariskan Dewi. Malah Raden tidak bertepuk sebelah tangan. Dewi turut sama menaruh hati pada dirinya.

Calon yang tepat dan sesuai telah ada di depan mata! Dewi merencana sesuatu agar Raden menjadi miliknya. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota London.

Selepas Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal apabila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi.

Hari berganti hari, Dewi makin sayang akan suaminya. Raden sedaya upaya menjaga Dewi dengan sebaiknya. Apakah yang akan berlaku apabila kakak Raden yang begitu kuat menjodohkan Raden dengan gadis pilihannya? Apa reaksi kak long Zahara (Siti Elizad Sharifuddin) bila mengetahui isteri adiknya tidak seperti gadis yang dia jodohkan untuk adiknya?

Apa perasaan ibu Raden, Umi (Puan Hjh Ziela Jalil) bila mengetahui anaknya telah berkahwin dengan wanita lain tanpa memaklumkan padanya? Adakah Nurul Fateha (Leez Rosli) juga turut sama menaruh perasaan terhadap Raden? Saksikan segalanya dalam drama Dia Isteri Luar Biasa di slot Akasia.

Gambar Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3

Saksikan drama Dia Isteri Luar Biasa Slot Akasia
Tarikh drama Dia Isteri Luar Biasa mula disiarkan: 18 Mei 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3

1 comments so far

belum pernah tengok lagi..huhuhu


EmoticonEmoticon