Sinopsis Drama Dan Hati Pun Berkata

Sinopsis Drama Dan Hati Pun Berkata Siaran RTM
Dan Hati Pun Berkata mengisahkan seorang gadis yatim bernama Adirra (Uqasha Senrose). Selepas ibunya meninggal dunia, ayah Adirra bernama Malek telah mengahwini wanita lain. Situasi ini memberi tamparan hebat buat Adirra. Dia belum bersedia menerima pengganti arwah ibunya. Sikap Adirra yang kadang kala begitu manja dan mudah merajuk sering mendapat perhatian dari ahli keluarganya yang lain.

Sinopsis novel dan drama Dan Hati Pun Berkata, drama Dan Hati Pun Berkata siaran RTM TV1 TV2, novel Dan Hati Pun Berkata karya penulis Nurriez, pelakon dan gambar drama Dan Hati Pun Berkata
Drama Dan Hati Pun Berkata akan datang siaran RTM 

Natrah yang tinggal bersama Adirra sering mencemburinya. Adirra ditatang seperti minyak yang penuh. Kerana itu, Natrah membenci Adirra. Zarif jiran sebelah rumahnya menaruh perasaan terhadap Adirra. Zarif merupakan anak Mak Cik Ani.

Natrah dan ibunya sering memburukkan Adirra di hadapan Mak Cik Ani. Lantas menimbulkan rasa kurang suka Mak Cik Ani terhadap Adirra. Kesempatan itu digunakan Natrah sepenuhnya untuk berkawan rapat dengan Zarif. Misinya hanya satu, menggoda Zarif agar Zarif jatuh cinta pada dirinya dan melupakan Adirra.

Adirra membuat keputusan untuk tinggal sementara di rumah sepupunya iaitu kak Ina. Di situ, Adirra membantu kak Ina menjual pisang goreng. Siapa sangka, di gerai jualan pisang goreng itu, bakal terjadinya momen istimewa di hati Adirra.

Jejaka bernama Rashdan (Shah Iskandar) telah datang ke gerai itu. Sikapnya yang agak menjengjelkan membuatkan hati Adirra geram terhadap Rashdan. Rashdan mendapati ada sesuatu yang istimewa dalam diri Adirra. Semenjak hari itu, Rashdan cuba mendekati Adirra.

Rashdan banyak menegur dan menasihati Adirra agar menjadi anak yang baik. Teguran Rashdan berjaya membuatkan Adirra berubah. Perubahan Adirra membuatkan ayahnya berasa sangat gembira. Dek kerana itu, ayah Adirra merestui akan perhubungan Rashdan dan Adirra. Namun bagi Natrah Rashdan tidak sesuai langsung dengan Adirra budak yang mengada-mengada.

Keadaan menjadi teruk bila Rashdan mengambil Adirra berkerja sebangai PA dan sepejabat dengan Natrah. Natrah mempergunakan Maya yang memang menyimpan perasaan pada Rashdan sejak dulu lagi. Tak cukup dengan mempergunakan Maya, Zarif juga menjadi mangsa keadaan. Zarif tidak menyangka Natrah sanggup mempermainkan perasaannya. Natrah tidak rasa segan silu menyuarakan yang dia juga turut suka pada Rashdan.

Rashdan mengambil keputusan untuk menikahi Adirra secara rahsia atas permintaan Adirra. Kerana kebencian Natrah terhadap Adirra semakin menebal! Natrah merencana ingin membunuh Adirra!!! Saksikan kesudahannya hingga ke episod akhir drama Dan Hati Pun Berkata menerusi kaca tv anda kelak.

Pelakon Drama Dan Hati Pun Berkata
Shah Iskandar - Rashdan
Uqasha Senrose – Adirra
Kilafairy
Aidil Aziz
Syatilla Melvin

Gambar Drama Dan Hati Pun Berkata 
Sinopsis novel dan drama Dan Hati Pun Berkata, drama Dan Hati Pun Berkata siaran RTM TV1 TV2, novel Dan Hati Pun Berkata karya penulis Nurriez, pelakon dan gambar drama Dan Hati Pun Berkata
Drama Dan Hati Pun Berkata lakonan Uqasha Senrose dan Shah Iskandar
  
Drama Dan Hati Pun Berkata merupakan drama yang diadaptasi dari novel, karya novelis Nurriez. Banyak novel dijadikan drama tv sekarang ni. Excited nak tengok Uqasha Senrose berlakon. Sama-sama kita tunggu drama ni ditayangkan kelak.

Gambar Novel Dan Hati Pun Berkata Karya Nurriez
Sinopsis novel dan drama Dan Hati Pun Berkata, drama Dan Hati Pun Berkata siaran RTM TV1 TV2, novel Dan Hati Pun Berkata karya penulis Nurriez, pelakon dan gambar drama Dan Hati Pun Berkata
Harga novel Dan Hati Pun Berkata Semenanjung RM18, Sabah/Sarawak RM21
Saksikan drama Dan Hati Pun Berkata
Jumlah episod drama Dan Hati Pun Berkata: 26
Akan datang di saluran RTM 

1 comments so far

sinopsis sangat best.. nak tunggu la..>_<


EmoticonEmoticon