Sinopsis Filem Langit Cinta

Sinopsis Filem Langit Cinta Lakonan Nur Fazura & Keith Foo
Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak keluarga berada dan mempunyai syarikat hartanah milik keluarganya. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, Alif jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Sinopsis filem Langit Cinta, gambar filem Langit Cinta, review filem Langit Cinta arahan Osman Ali, novel Langit Cinta karya penulis novelis Damya Hanna, pelakon filem Langit Cinta Nur Fazura, Keith Foo
Filem Langit Cinta bakal berada di pawagam hujung tahun ini

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu sesuatu yang indah. Biarpun hubungannya bersama Khadijah ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran. Cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Alif lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri.

Suatu hari, Alif telah menerima berita mengenai keluarganya. Berita itu memaksa Alif meninggalkan kampung halaman isterinya. Lebih mengharukan, Alif terpaksa berjauhan dengan isterinya yang dicintai. Alif berjanji kepada Khadijah bahawa dirinya akan kembali dengan segera.

Semenjak pemergian Alif, Khadijah menunggu ketibaan suaminya di jeti namun tidak kunjung tiba. Begitulah keadaannya setiap hari. Lebih 5 bulan berlalu, namun kelibat Alif tidak muncul juga. Khadijah diserang rasa sedih, kesunyian, malah kini dia sedang hamil 6 bulan.

Akan bersatukah Alif bersama Khadijah? Selepas usaha keluarga Alif ingin memisahkan mereka habis-habisan. Bagaimana Khadijah ingin memaklumkan berita kehamilannya pada Alif? Saksikan segalanya dalam filem Langit Cinta dan dapatkan novel Langit Cinta di pasaran kelak.

Pelakon Filem Langit Cinta
Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Datuk Jalaluddin Hassan, Dian P Ramlee, Zaidi Omar dan Normah Damanhuri.

Gambar Filem Langit Cinta 
Sinopsis filem Langit Cinta, gambar filem Langit Cinta, review filem Langit Cinta arahan Osman Ali, novel Langit Cinta karya penulis novelis Damya Hanna, pelakon filem Langit Cinta Nur Fazura, Keith Foo
Filem Langit Cinta lakonan Keith Foo dan Nur Fazura

Filem Langit Cinta merupakan adaptasi sebuah novel. Wah makin banyak filem dan drama tv sekarang ni guna novel untuk jalan cerita. Kalau nak tahu, penulis novel Langit Cinta ni adalah hasil karya dari novelis Damya Hanna. Khabarnya filem Langit Cinta ni akan keluar hujung tahun ni. Manakala novel Langit Cinta ni pula bakal dikeluarkan pada Ogos 2015. Best! Best! 


EmoticonEmoticon