Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud TV3

Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud TV3 Slot Azalea
Padamu Aku Bersujud mengisahkan Pak Leman (Mubarak Majid) yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin (Syazwan Zulkifli) untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka.

Sinopsis drama Padamu Aku Bersujud TV3 Slot Azalea, review drama Padamu Aku Bersujud TV3, pelakon dan gambar drama Padamu Aku Bersujud TV3, Syazwan Zulkifly (Amin), Leez Rosli (Sakinah), Shiqin Kamal (Ika), Reza Hasbi (Iqram)
Padamu Aku Bersujud bakal disiarkan di TV3. Penekanan tentang betapa pentingnya sebuah pelajaran..

Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang di SPM dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap.

Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah (Ku Fridah Ku Shafie) memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil (Zaidi Omar), adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika (Aleeza Shahdan) memang memandang rendah atas keluarga.

Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan lagi Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin.

Amin telah meminta tolong secara rahsia daripada Ika (Shiqin Kamal). Malangnya, Iqram (Reza Hasbi) telah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.

Perkenalannya dengan Taufiq (Fikhree Bakar) merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr. Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidaminya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan? Saksikan cabaran yang perlu ditempuhi Amin menerusi drama bersiri Padamu Aku Bersujud di slot Azalea TV3.

Pelakon Drama Padamu Aku Bersujud
Syazwan Zulkifly (Amin), Leez Rosli (Sakinah), Bil Azali (Khairi), Shenty Feliziana (Rihanna), Shiqin Kamal (Ika), Reza Hasbi (Iqram), Mubarak Majid (Pak Leman), Ku Fridah Ku Shafie (Mak Siah), Zaidi Omar (Datuk Jamil), Aleeza Shahdan (Datin Zulaika), Fikhree Bakar (Taufiq)

Gambar Drama Padamu Aku Bersujud 
Sinopsis drama Padamu Aku Bersujud TV3 Slot Azalea, review drama Padamu Aku Bersujud TV3, pelakon dan gambar drama Padamu Aku Bersujud TV3, Syazwan Zulkifly (Amin), Leez Rosli (Sakinah), Shiqin Kamal (Ika), Reza Hasbi (Iqram)
Drama Padamu Aku Bersujud TV3 lakonan Syazwan Zulkifly & Leez Rosli

Saksikan drama Padamu Aku Bersujud Slot Azalea
Tarikh Padamu Aku Bersujud mula disiarkan: 26 Mei 2015
Jumlah episod drama Padamu Aku Bersujud: 24
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon