Drama Dia Isteri Luar Biasa Dikritik Tidak Bermoral!

Sebelum drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) ni disiarkan, ramai yang memberi respon kurang senang dengan jalan cerita drama ni. Mengisahkan seorang wanita yang nak kahwin semata-mata untuk dapatkan anak je. Kemudian, plan dirinya ditangkap khalwat supaya mudah untuk dia dan lelaki tu dikahwinkan. Boleh baca sinopsis penuh drama ni di sini: Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3 Slot Akasia

Gambar Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB)
 drama dia isteri luar biasa DILB dikritik tidak bermoral, watak keith foo lebih menarik & menonjol drama dia isteri luar biasa, komen peminat drama dia isteri luar biasa tidak bermoral, tidak sesuai dipertontonkan umum

Komen Peminat Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral
Ada peminat meluahkan rasa kecewanya dengan memberikan komen drama Dia Isteri Luar Biasa adalah tidak bermoral dan tidak sesuai dipertontonkan secara umum. Ditambah lagi dengan promosi drama tersebut dalam akaun Instagram milik pengarah drama DILB. Secara tak langsung, gambar berpelukan scene tersebut tersebar dan dan terlihat oleh peminat yang mengikuti IG pengarah tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, bila pengarah tersebut membidas balik kenyataan peminat tu tadi. Katanya, kalau tak suka drama tersebut, boleh tengok program tv lain, tukar channel tv. Mahupun unfollow je Instagram dia.

Dek komen peminat tersebut, ramai yang meluahkan pandangan masing-masing. Ada yang bersetuju pada kritikan yang diberikan. Ada yang cuba berfikir di sudut positif, memahami mesej dan pengajaran yang terkandung dalam drama DILB.

Watak Keith Foo Lebih Menarik & Menonjol Dalam Drama Dia Isteri Luar Biasa
Bagi aku sendiri, watak Keith Foo sebagai Cik Kem atau Kamarul lebih menarik dalam drama ni berbanding watak utama iaitu Shukri Yahya. Begitu cemerlang sekali Keith Foo menjayakan watak tersebut. Kelakar, mencuit hati, sampaikan aku sendiri ternanti-nanti scene antara Keith Foo dan Nur Fathia.

Namun, bila datang scene Shukri Yahaya dan Nur Fathia, errrr malas pulak aku nak tengok. Cepat-cepat aku capai remote tv dan tekan forward, kasi percepatkan scene tu. Rasa tak best pulak tengok.

drama dia isteri luar biasa DILB dikritik tidak bermoral, watak keith foo lebih menarik & menonjol drama dia isteri luar biasa, komen peminat drama dia isteri luar biasa tidak bermoral, tidak sesuai dipertontonkan umum

Benarkah Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Sesuai Dipertontonkan Umum?
Kalau tengok komen peminat dan respon penonton di laman sosial, ramai yang kurang suka jalan cerita drama ni. Persoalannya..pendapat korang sendiri, adakah drama DILB ni tidak sesuai dipertontonkan umum? Adakah dengan menonton drama DILB ni korang akan memahami mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan? Bagi aku, yang paling penting, berjayakah penonton mempelajari iktibar menerusi hasil tontonan drama ni.

Info drama DILB:
Biodata Shukri Yahaya
Biodata Keith Foo

3 comments

Bukan drama nie je tp kebanyakkan drama melayu yg bersiaran di tv kurang bermoral dan tidak sesuai di tonton oleh anak2 kita..terlalu byk buruknya dari baik..

the way dye nak kahwin and niat kahwen tuh pon dah slh. tapi hda tgk jugak kdg2.kalau dah besar takpe, insyallh boleh beza drama ke reality. kalau bdk2 kene pantauan ibubapa. lebih selamat.

Tak pernah tgk pun...tak sempat..


EmoticonEmoticon