Terima SMS Lucah & Gambar/ Video 18SX

Satu perkataan yang aku nak gambarkan pada pengirim SMS lucah ni kat telefon aku, ‘BANGANG!’. Actually, ni bukan kali pertama aku dapat mesej lucah macam ni, tapi dah banyak kali. Tapi yang dulu-dulu tu, setiap kali aku dapat, aku delete terus. Namun, dek ke-over-an si pengirim SMS yang gila seks tu, aku dapat SMS ni 2 kali dalam minggu ni! Siapa la punya keja bongok macam ni.

Terima SMS Lucah & Gambar/ Video 18SX 
Terima SMS lucah & gambar/ video 18sx, aksi terlampau gadis di tepi jalan, motif kiriman mesej lucah, gambar & video seks, gambar seksi, video bogel, nombor telefon pengirim SMS lucah, blog lucah
PUSH MESSAGE
Aksi terlampau gadis di tepi jalan !
Tekan untuk dapatkan sekarang !
Terhad untuk 18++ saja
Nombor telefon: 0173385931 / 0173387238

Dapat mesej lucah ni, hari Isnin lepas, dek rushing dengan sesuatu, aku tak sempat nak delete. Ignore je SMS ni dalam phone. Tetibe hari Selasa tu jugak, dapat lagi kiriman SMS dari orang yang sama. Bikin hati ni panas je! Bongok betul si pengirim SMS lucah ni.

Disertakan sekali link gambar/ video seks tersebut. Aku rasa la…link yang dia berikan dalam mesej tu link gambar atau video bogel. So, aku simpulkan gambar/ video 18sx. Sebab kalau baca dari SMS tu, macam dah dapat hidu, link lucah punya.

Nah! Aku tayangkan nombor telefon si pengirim SMS LUCAH: 0173385931 / 0173387238. Biar glamour sikit. Nak popular sangat kan.. Biar orang lain tahu empunya kerja.

Motif Kiriman Mesej Lucah
Motif si pengirim SMS lucah hantar kat orang yang tak dikenali? Contoh macam aku.. Aku rasa, diorang nak kaut keuntungan. Mungkin laman web tu milik diorang. So, nak dapatkan pendapatan melalui pengiklanan di blog/ website, diorang kena buat cara kotor.

Hantar SMS berbaur seks supaya si penerima SMS tadi teringin nak tahu, terus klik link tersebut. Disajikan dengan gambar seksi, video bogel dan sewaktu dengannya. Secara automatik jugak, iklan pun terpapar keluar. Mudah la diorang dapatkan trafik dan pendapatan iklan pun masyuk. Itu teori aku la. Tak tahu betul ke tak.

Ada jugak penyebaran link lucah menerusi SMS handphone. Kiriman MMS lucah dari telefon ke telefon lain. Orang kata terkena virus: Virus Malware Godam SMS Telefon Bimbit

9 comments

Memang tak ada kerja betul diorg ni buat kerja-kerja macam ni.

Kedit banyak sangat agaknya..xtau nak buat apa..xde keje betul..

buat dosa je sebar2 benda haram kat orang lain. ish ish..

memang tak ada kerja betul.. kalau dapat kat budak2 tak ke naya tuh.. memang tak bermoral betul orang yang hantar sms nih..

awak pakai phone samsung ke? try setting phone, block number ni. insyaallah takkan ada mesej dari pengirim ni lagi. saya pun pernah kena mesej2 camni, so terus block je nombor tu.

Dulu selalu dpt. sekrang alhamdulillah takdak dah

sebelum ni belum pernah block nombor ni, ingatkan dia hantar sekali 2 je, sekarang dah jd selalu pulak
thanks bg idea, nanti nak set 'block' nombor tu

dulu ada gak terima Yumida, delete je :)


EmoticonEmoticon