Sinopsis Drama Amelia Amnesia TV1

Sinopsis Drama Amelia Amnesia TV1

Amelia Amnesia mengisahkan Amelia (Memey Suhaiza) seorang gadis yang tegas, sombong dan mementingkan diri sendiri. Di pejabat, Amelia bersikap angkuh dan tidak menghormati pekerja bawahannya. Sikap keras kepala Amelia sering ditegur oleh ibunya, Datin Sufiah (Lydiawati). Malah, ayahnya Datuk Hussin (Taib Mahmod) selaku pengarah syarikat sering menegur Amelia agar mengubah sikapnya itu. Namun, Amelia tidak pernah ambil peduli.

Sinopsis Drama Amelia Amnesia TV1 slot Cindai, pelakon dan gambar drama Amelia Amnesia TV1, review drama Amelia Amnesia TV1, gambar drama Amelia Amnesia TV1
Drama Amelia Amnesia tayangan TV1 penuh pengajaran

Hubungan Amelia dan adik angkatnya Zarina (Nazeera Sardi) juga dingin. Mereka tidak sehaluan. Bagi Amelia, Zarina wajar dilayan sebegitu memandangkan Zarina bukan berdarah keluarga berada. Hanya berstatus anak angkat sahaja.

Demi melunaskan impiannya, Amelia sanggup menggunakan cara kotor untuk mendapat tender syarikat. Tawaran wang tunai dengan jumlah yang tinggi mengaburi mata pemilik tender. Amelia dengan senang hati merasuah syarikat lain.

Walaupun mempunyai keluarga yang kaya, hati Amelia tidak pernah tenang. Malah sikapnya yang panas baran memburukkan keadaan. Amelia sering merasa kesunyian. Lebih teruk lagi, kekasih hatinya Harith (Ezany Nizariff) curang terhadap dirinya.

Amelia berjaya membuktikan kecurangan Harith. Dia telah mengupah sesorang untuk mengambil gambar sebagai bukti kekasihnya itu telah menipu dirinya. Harith mencipta berbagai alasan agar Amelia tidak meninggalkan dirinya.

Namun kemalangan yang menimpa Amelia telah mengubah segalanya. Amelia seperti orang yang baru lahir ke dunia tanpa mengingati apa-apa. Amelia hilang ingatan!

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Siapa sangka selepas kemalangan itu ia telah mengubah sikap dan diri Amelia 100 peratus. Amelia bukanlah lagi gadis kasar yang angkuh lagi sombong. Kini, Amelia gadis yang berbudi bahasa, menghormati orang lain malah mengenakan hijab. Penampilan Amelia mengejutkan semua orang. Saksikan segalanya menerusi drama tayangan TV1 berjudul Amelia Amnesia.

Gambar Drama Amelia Amnesia TV1 

Sinopsis Drama Amelia Amnesia TV1 slot Cindai, pelakon dan gambar drama Amelia Amnesia TV1, review drama Amelia Amnesia TV1, gambar drama Amelia Amnesia TV1
Drama Amelia Amnesia TV1 dibintangi Memey Suhaiza
Saksikan drama Amelia Amnesia TV1 Slot Cindai
Tarikh drama Amelia Amnesia mula disiarkan: 13 Mei 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 3.00 petang – 3.30 petang
Saluran: TV1

1 comments so far

masa tayangan tak sesuai..
takkan nk layan drama kt opis..huhu


EmoticonEmoticon