Permainan panggil roh hantu makin popular
dan jadi viral di INTERNET. Nama
permainan panggil roh hantu ni adalah Cabaran
Charlie Charlie. Nak tahu siapa yang main permainan ni? Jangan terkejut,
mereka di kalangan kanak-kanak dan remaja. Means budak-budak sekolah. Syoknye korang,
parents belikan pensel dan buku, bukan untuk buat pemujaan syaitan, tapi untuk
belajar.
Cara Main Permainan Panggil Roh Hantu
Permainan
pemujaan roh ni hanya menggunakan dua batang pensel yang disilangkan dan diletakkan
di atas sehelai kertas yang ditulis dengan perkataan ‘Ya’ dan ‘Tidak’. Si
pemain kemudiannya menyeru roh dengan menyebut ‘Charlie, Charlie boleh kita
main?’ sebanyak dua kali dan menunggu pensel itu bergerak. Sekiranya pensel
menunjuk ke arah ‘Ya’, mereka boleh mula bertanyakan soalan.
Permainan panggil roh hantu Charlie. Nama hantu pensel tu Charlie. Berhantu sangat! |
Untuk
menamatkan permainan, mereka perlu meminta kebenaran dengan menyebut ‘Charlie,
Charlie bolehkah kita berhenti?’. Mereka perlu menunggu sehingga pensel
menunjukkan ke arah ‘Ya’. Selesai bermain, mereka harus menjatuhkan pensel ke
lantai supaya roh itu boleh kembali ke tempat asal dan tidak mengganggu pemain.
Kredit: Hantu pensel bernama
Charlie
Korang Percaya?? Roh Hantu Datang & Merasuk
Dalam Pensel?
Ini semua
tipu! Sebenarnya gerakan pensel tu datangnya dari pemain tu sendiri. Sebab
taksub sangat nak mencuba permainan ni sendiri, so pensel tu pun bergerak. Bergerak
sebab si pemain tadi menggerakkannya. Diorang akui, tidak mungkin roh hantu
akan masuk dalam pensel tersebut. Tapi bila diorang buat eksperimen sendiri,
main permainan panggil roh Charlie, pensel tu pun bergerak. Bila pensel tu
bergerak, diorang kata seram!!!
Seram
sangat. Poyo betul budak-budak zaman sekarang. Sendiri tak percaya roh tu
datang, sendiri pulak jadi seram. Bila permainan ni diviralkan dalam internet,
bangga lettew! Ini semua poyo!
9 comments
mcm2
kalau boleh semua benda nak cuba mereka ni...mcm²..
Eleh..mcm2 la bdk2 skrg..pelik betul..
Macam2 sekarang nie..
spirit lah ni...
salam. hee tetibe sy tringt dulu ade kawan pompuan dia boleh tau anak kita tu ada brape dan lelaki ke pompuan ke, caranya dgn ikat cincin pd selai rambut, pastu biarkan bergerak, baca selawat, insyaAllah kita leh nmpk pergerakan cincin tu berpusing tandanye pompuan, kalo lurus tandanye lelaki., wallahualam cubalah makk ;D
Pelik2 jak natang dimain bala miak tok. Nak main ngan antu indah. Dah kurang nak main lain ka pa.
kalau dulu main spirit2 of the coin sekarang tukar pensil.. tapi dulu memang menjadi betul. lepas tu dengar la sana sini histeria.
aah betul! main spirit hantu guna syiling 5 sen tu. ingat lagi masa sekolah rendah dulu. famous permainan spirit masa tu.
EmoticonEmoticon