Cara Elak Gambar WhatsApp Masuk Galeri Handphone

Cara Elak (Block) Gambar & Video WhatsApp Masuk Galeri Handphone - Zaman serba canggih sekarang ni. Yang tua yang muda semua ada WhatsApp masing-masing. Mudah nak hantar mesej, dengan emoticon yang comel-comel. Malah dah ada WhatsApp call, yang pakai wifi untung la, jimat data internet.

Mula-mula install aplikasi WhatsApp ni, aku perasan yang gambar, audio dan video kiriman menerusi WhatsApp automatik masuk galeri handphone. Banyak pula tu. jenuh nak buang satu-satu. Apatah lagi jika setiap hari kita dapat foto yang kawan kita post kat WhatsApp.

Mula la aku mencari jalan penyelesaian. Cara bagaimana nak elak gambar WhatsApp ni masuk dalam galeri telefon. Sebab apa? Sebab kiriman audio, video dan gambar WhatsApp makan banyak simpanan data dalam kad memori kita. Part annoying bila perlu delete foto WhatsApp setiap hari. Huhuhu.. Dah macam kerja sampingan pulak nak semak galeri handphone dan padam gambar satu-satu.

Cara Elak Auto Download Image Pada WhatsApp
Aku pun cari kat Google cara bagaimana nak atasi masalah WhatsApp ni. Dengan keyword, ‘cara setting WhatsApp, cara block gambar WhatsApp dan blablabla’. Tak jumpa. So, aku pun ajukan persoalan aku kat blogger Jia Rizaira. Alhamdulillah, dengan baik hatinya dia kongsikan cara selesaikan masalah gambar WhatsApp menerusi entry Sembunyikan Gambar WhatsApp Agar Tidak Terpapar Pada Gallery Telefon. Jom kita terjah caranya satu per satu.

Cara Sembunyikan Gambar & Video WhatsApp Menerusi Setting Media Auto Download
Mungkin ada antara kita mungkin tak sedar yang gambar, video, atau apa-apa sajalah telah dimuat turun secara automatik. Fungsi auto download ni boleh dimatikan.

Cara elak gambar whatsapp masuk galeri handphone, cara menyembunyikan foto di gallery android, cara elak auto download image pada whatsapp, mematikan whats app auto save image phone, cara setting whats app auto (block) terima gambar dari whatsapp, cara sembunyikan foto & video whatsapp
Cara elak gambar whatsapp masuk galeri handphone

1. Pergi ke Setting WhatsApp > klik pada Chat Settings
2. Klik Media auto-download.
3. Pilih antara When using mobile data, When connected on Wi-Fi atau When roaming. Klik salah satu atau semuanya dan kemudian untick pada Image, Audio dan Video. Masalah settle! So, lepas ni bila dapat kiriman gambar mahupun video menerusi WhatsApp, ia tak akan masuk ke dalam folder galeri handphone kita.

Cara elak gambar whatsapp masuk galeri handphone, cara menyembunyikan foto di gallery android, cara elak auto download image pada whatsapp, mematikan whats app auto save image phone, cara setting whats app auto (block) terima gambar dari whatsapp, cara sembunyikan foto & video whatsapp
Cara elak gambar whatsapp masuk galeri handphone
4. Nak tengok gambar yang dihantar dalam WhatsApp kita. Kita kena buka satu-satu. Gambaran foto WhatsApp yang dihantar akan kelihatan seperti di atas: Gambar kabur. Nak tengok gambar tersebut baru klik dan gambar akan terpapar keluar.

5. Harus diingat, bila kita klik gambar tadi, automatik gambar yang kita nak tengok tu akan masuk dalam galeri. Tapi gambar yang lainnya yang kita tak klik, tak masuk galeri. So, begitu je la cara nak elak gambar atau video WhatsApp masuk galeri handphone (memory card) kita. Jimat tenaga nak delete satu-satu. Jimat masa. Jimat space ruangan handphone kita.

Nak tahu panduan muat turun gambar kat Insta? Rujuk:

8 comments

Saya pun lama buat dah. TP WP ni beza sikit. Apa pun good info Yumida.

ZH Blogger

Hehehe. Terima kasih. Dah buat dah.

assalamualaikum :)
singgah pagi

Alhamdulillah..akhirnya..syukurlah..terima kasih ye atas perkongsian ini..

Tu la kenkadang gamba yg hntar dkt whatsapp tu byk yang sama , buat berat je. Hihihi. Thanks atas perkongsian :)

Thanks sharing.. bnyk group watsapp lagi mcm2 gambar masuk kat galeri hp ni huhu..

dah lama setting ni.. :)

Kan buat semak dlm galeri je kalau ada gambar tak sepatutnya. Nak pula gambar dr group...fuh lagi la byknye.


EmoticonEmoticon