Syarat Kelayakan Mohon Iklan Innity

Alhamdulillah, dah seminggu aku pasang iklan Innity ni di blog. Sebelum ni aku ada pasang jugak, tapi terpaksa remove Innity pasal Nuffnang tarik balik status glitterati aku menjadi non-glitterati. Lama dah kisah ni, tapi baru-baru ni aku pasang balik. Al kisah: Innity Punca Status Nuffnang Jadi Non Glitterati

Syarat kelayakan mohon iklan innity, syarat permohonan iklan innity, panduan daftar sebagai publiser innity, cara daftar innity, permohonan iklan innity diluluskan, gambar innity, innity punca status nuffnang jadi glitterati, cara mohon iklan geniee ssp
Jana pendapatan blog dengan pengiklan Innity

Nak tunggu permohonan iklan Innity ni diluluskan, punya la lama. Aku ingatkan blog aku tak lepas. Tak memenuhi syarat mereka. Lepas 3 minggu baru mereka email dan bagitau yang blog aku dah diluluskan: Permohonan Iklan Innity Diluluskan. Gembiranya aku. Walaupun pada masa yang sama aku risau bab letak iklan ni guna kod HTML. Al maklum la aku ni tak terer sangat bab coding tu semua.

Kriteria & Syarat Memohon Iklan Innity:

Pageviews blog minimum 200,000 setiap bulan
Unique visitors blog minimum 40,000 setiap bulan
Syarat kelayakan baca SINI
Isi permohonan Innity anda di SINI

Yang di atas adalah syarat asas nak mohon iklan Innity. Untuk keterangan lebih lanjut, klik link syarat kelayakan dan baca terma mohon Innity secara terperinci untuk fahami peraturan ketat yang digariskan oleh pengiklan Innity buat publisher di kalangan blogger.

Pihak Innity sangat strict dalam memilih dan menilai blog sebelum permohonan kita diterima. Segala aspek akan dinilai. Malah blog kita akan dipantu (observe) sebelum permohonan Innity diluluskan.

Syarat Yang Perlu Dipatuhi Dalam Sesebuah Blog Sebelum Memohon Innity:

- blog tak boleh "under construction". Mungkin merujuk pada blog yang dalam proses pengeditan.
- kandungan blog tidak boleh mengandungi bahan bacaan orang dewasa seperti gambar seksi, artikel lucah, video porno, link website seks dan sebagainya.
- tidak boleh langgar hak cipta orang lain.
- blog tidak boleh mengandungi audio/video download, online streaming dan perkongsian fail.
- blog wajib di update sekerapnya (setiap hari)
- trafik blog tidak boleh diperoleh dengan cara terlarang. Boleh rujuk dalam syarat kelayakan tersebut. Ada dinyatakan dengan lebih details.

Jika Permohonan Innity Tidak Diluluskan?

Ini berlaku jika permohonan kita ditolak, di reject atau tidak diluluskan oleh pihak Innity. Ada cara untuk membuat permohonan semula. Buat permohonan semula selepas tempoh 30 HARI dari tarikh permohonan kita ditolak.

Iklan blog Innity, permohonan Innity diluluskan, cara mohon Innity, syarat kelayakan mohon Innity, isi borang sign up Innity, Syarat kelayakan mohon iklan innity, syarat permohonan iklan innity, panduan daftar sebagai publiser innity, cara daftar innity, permohonan iklan innity diluluskan, gambar innity, innity punca status nuffnang jadi glitterati, cara mohon iklan geniee ssp
Permohonan Innity diluluskan di blog ni pada 13 November 2014

Jika berminat nak pasang iklan Innity dan rasa-rasanya memenuhi segala syarat di atas, jom daftar Innity dengan segera. Oh ya, korang juga boleh mohon iklan Geniee SSP. Pengiklan dari Jepun. Bayaran dalam bentuk mata wang dollar. Syarat permohonan Geniee SSP sama macam di atas. Boleh baca di sini: Cara Daftar & Sign Up Iklan Geniee SSP

4 comments

sik layak lagik blog kamek nak mohon iklan tok

40,000 uv sebulan. Blog Sha belum sampai tahap gitu, huhu.

40k Yumida..memang tak layak lah kak ana , habis kuat pun di GA dapat 20k je haha ,all the best Yumida.


EmoticonEmoticon