Sinopsis Drama Masihkah Ada Kasih TV1

Drama Masihkan Ada Kasih yang disiarkan di TV1 merupakan drama adatasi dari novel alaf 21. Dari novelis terkenal iaitu Sharifah Abu Salem. Ada yang dah tonton drama ni? Cuma jam tayangan tu la, jam 11.05 malam. Fuh, mata pun dah minta didodoikan. Tapi aku sempat tengok drama ni beberapa episod.

Sinopsis drama Masihkah Ada Kasih TV1 Slot Arca, review drama Masihkah Ada Kasih TV1, drama adaptasi novel penulis Sharifah Abu Salem, pelakon dan gambar drama Masihkah Ada Kasih TV1
Drama Masihkah Ada Kasih di TV1

Pasal suka lakonan Shera Aiyob tu yang sanggup tunggu drama ni disiarkan. Tengok drama ni, memang agak berat watak yang dimainkan Shera. Membawa watak Manisah, seorang isteri yang diuji dengan suaminya yang hanya tahu mengambil peluang ke atas dirinya, malah ditakdirkan anaknya dapat sakit jantung berlubang. Bebanan yang berat dipikul oleh Manisah. Sedih drama ni.

Sinopsis Drama Masihkah Ada Kasih TV1 Slot Arca

Masihkah Ada Kasih mengisahkan kehidupan pasangan muda, Manisah (Shera Aiyob) dan Firdaus (Fikhree Bakar) yang terpaksa berdepan dengan pergolakan rumah tangga. Firdaus mengahwini Manisah bukan kerana cinta, tetapi kerana ingin membuktikan dia mampu merampas Manisah daripada kawan baiknya, Johan (Karl Shafeq).

Saat cinta Johan kepada Manisah bermula, Firdaus juga turut menyukai Manisah. Manisah pula memang jatuh cinta pandang pertama kepada Firdaus. Firdaus sentiasa mencemburui Johan yang menempa banyak kejayaan dalam usia muda. Dalam usia 26 tahun, dia berjaya mengembangkan empayar perniagaan peninggalan bapanya sehingga ke Amerika.

Sedangkan Firdaus masih hidup terumbang-ambing dengan berfoya-foya tanpa arah tujuan. Bapanya, Datuk Mohsin (Raissuddin Hamzah) selalu mencabar Firdaus, jika dia boleh melakukan seperti apa yang dilakukan Johan, syarikat perniagaan bapanya akan menjadi miliknya sepenuh­nya.

Datuk Mohsin selalu memuji Johan di depannya membuatkan Firdaus sakit hati.
Manisah, setiausaha Johan seorang gadis kampung yang sederhana dan berbudi bahasa. Keperibadian Manisah memikat Johan. Melihat kemesraan Johan dengan Manisah, Firdaus terfikir untuk memiliki gadis itu.

Manisah menerima cinta palsu Firdaus dan kedua-duanya berkahwin. Johan pula berhijrah ke New York dan berkahwin dengan wanita Inggeris. Namun Firdaus mempergunakan Manisah untuk memenuhi impiannya dalam perniagaan. Demi menyahut cabaran Datuk Mohsin, Firdaus melakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah isteri untuk mendapatkan kontrak berjuta ringgit.

Namun Manisah tidak tahan terus terseksa. Tidak sanggup bergelumang dosa angkara kerakusan Firdaus memburu keuntungan, Manisah menuntut cerai. Firdaus menceraikan Manisah kerana merasakan Manisah bukan lagi sandaran terbaik untuk memancing peluang.

Manisah sudah pandai memberontak dan melawan, malah mengugut Firdaus untuk mengadukan perbuatannya kepada Datuk Mohsin. Firdaus menceraikannya dalam keadaan marah. Manisah terpaksa kehilangan anaknya, Syafiq (Mohd Afiq Farhat) apabila Firdaus melarikan Syafiq dan menyembunyikannya.

Bermulalah pencarian Manisah kepada anak kesayangannya. Lebih memilukan Syafiq dipisahkan darinya ketika anak kecil itu sedang menderita penyakit jantung berlubang. Konflik demi konflik mula berlaku sehinggalah Johan kembali dari New York dan membantu Manisah. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan kesudahan kisah ini menerusi drama Masihkah Ada Kasih di TV1.

Gambar Drama Masihkah Ada Kasih TV1

Sinopsis drama Masihkah Ada Kasih TV1 Slot Arca, review drama Masihkah Ada Kasih TV1, drama adaptasi novel penulis Sharifah Abu Salem, pelakon dan gambar drama Masihkah Ada Kasih TV1
Saksikan drama Masihkah Ada Kasih TV1 Slot Arca
Tarikh drama Masihkah Ada Kasih mula disiarkan: 27 Mac 2015
Jumlah episod Masihkah Ada Kasih: 40
Hari: Khamis – Jumaat
Jam: 11.05 malam
Saluran: TV1


EmoticonEmoticon