Sinopsis Filem Banting

Sinopsis Filem Banting

Banting mengisahkan mengenai Yasmin (Izyan Mellyna) seorang wanita Muslim berusia 18 tahun yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan soal agama terutama ibunya, Halimah (Mastura Ahmad).

Sinopsis filem Banting, review kisah gusti wanita berhijab filem Banting, gambar filem Banting, pelakon dan watak dimainkan dalam filem Banting, filem baru genre komedi tahun 2015, Yasmin - Izyan Mellyna, Halimah - Mastura Ahmad, filem terbaru
Salah satu scene dalam tayangan filem Banting

Bagaimanapun semuanya berubah apabila Yasmin menyertai pasukan gusti profesional secara rahsia tanpa pengetahuan ibunya.

Nama Yasmin menjadi sebutan dikalangan peminat apabila video pertarungannya mendapat perhatian di Youtube dan sejak itu dia menggunakan nama Zarith Blade.

Keadaan bagaimanapun berubah apabila Yasmin diugut bahawa identitinya bakal dibongkarkan dan pada masa sama dia akan berdepan dengan sebuah pertandingan besar sebagai peninju sebenar. Saksikan kisah seterusnya menerusi filem Banting yang dah pun ditayangkan kat pawagam bermula 7 Mei 2015 yang lepas.

Trailer filem Banting boleh tonton kat sini: 
https://www.youtube.com/watch?v=OTREjQFaoD8

Gambar Filem Banting

Sinopsis filem Banting, review kisah gusti wanita berhijab filem Banting, gambar filem Banting, pelakon dan watak dimainkan dalam filem Banting, filem baru genre komedi tahun 2015, Yasmin - Izyan Mellyna, Halimah - Mastura Ahmad, filem terbaru
Poster filem Banting

Pengarah Filem Banting

M. Raihan Halim

Pelakon Filem Banting

Izyan Mellyna
 Mastura Ahmad
 Fauzie Laily
 Jimmy Taenaka
 Osman Zailani

Filem bergenrekan komedi ni ada ditayangkan kat Melodi TV3 hari Ahad yang lepas. Promosi di Malaysia. Pelakon filem Banting ni merupakan orang Singapura. Pasal tu tak berapa kenal nama pelakon filem Banting ni.  

Baca sinopsis filem Banting bunyinya macam menarik. Sebab jalan cerita yang berlainan dari filem yang lain. Kisah wanita yang meminati gusti. Wanita yang berhijab. Apa reaksi mak si Yasmin ni bila tahu anaknya menceburi bidang gusti? Hmm..menarik! Nak tahu? Apa kata tengok filem terbaru ni di pawagam berdekatan.


EmoticonEmoticon