Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh & Terhempas Di Ukraine

Sekali lagi Malaysia diuji. Pesawat MAS MH17 disahkan terhempas di negara Ukraine. Punca pesawat MH17 terhempas dikaitkan dengan kumpulan pemberontak antara Ukraine dan Rusia, yang mensasarkan misil dilancarkan di udara Ukraine. Yang ketika itu, pesawat MAS MH17 sedang melalui laluan udara tersebut. 

Sedih, terkejut...berita yang menghibakan keseluruhan ahli keluarga penumpang MH17. Belum lagi hilang rasa keperitan dek kehilangan pesawat MAS MH370, malam semalam terdengar ura-ura MH17 terhempas di Ukraine. Dalam hati aku berdoa, agar berita tersebut hanyalah khabar angin. Namun, awal pagi tadi, telah dihebohkan dan disahkan di dada media bahawasanya pesawat MAS MH17 benar-benar terhempas.


Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine, Pesawat MAS MH17 ditembak peluru berpandu, punca pesawat MAS MH17 terhempas, pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, Pesawat MAS MH17 ditembak jatuh dan terhempas di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine.

Informasi / Maklumat Pesawat MAS MH17
Malaysia telah menggunakan pesawat MAS MH17 dalam penerbangan selama 17 tahun. 17 Julai 2014, tarikh tragedi pesawat MAS MH17 ditembak di udara Ukraine.
Pesawat MAS MH17 merupakan jenis kapal terbang Boeing 777-200 hak milik Penerbangan Malaysia (MAS)
Jumlah penumpang MH17: 280 penumpang dan 15 kru anak kapal
Jumlah terkorban: kesemua penumpang dan anak kapal terkorban
Penerbangan: dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, Malaysia
Lokasi pesawat ditembak jatuh: perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine
Punca pesawat MAS MH17 terhempas: ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.

Buat penumpang MH17 yang beragama Islam, yang terkorban dalam nahas ini. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah. Moga mangsa nahas MH17 ditempatkan bersama-sama orang beriman. 

22 comments

pray hard . innalillahiwainnalillhirojiun

Takziah buat keluarga mangsa berat dugaan yg diterima

Al-Fatihah..doakan semuanya dipermudahkan..Salam Ramadhan

Assalamualaikum.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergian org tersayang. Al-Fatihah

innalillahiwainnailaihirojiunn

macam2 bala yg malaysia dapat sekarang

takziah kepada keluarga mangsa

moga di tempatkan orang2 yang baik2

Semoga dalang yg tembak jatuh pesawat ni dibawa ke muka pengadilan. Salam takziah utk keluarga penumpang dan krew pesawat MH17

Innalillahiwainnailaihirajiun... Berita yang cukup mengejutkan :(

Innalillahiwainnailaihirojiun.. takziah buat keluarga penumpang dan krew kapal terbang MH17..

Saya memula dgr cite nie kat whatsapp, masa tu cam tak percaya jer kot2 troll ker ape ... Masa tu jgk gigih mecari kesahihan berita ... Sah ... Sedih nyer ... Ya Allah ... Sesungguh nyer perancangan Mu adalah yang terbaik ... Moga ada hikmah disebalik nyer ...


EmoticonEmoticon