Give Away Contest by Izzlegacy Boutique!!

Give Away Contest by Izzlegacy Boutique!!

HADIAH:
Pemenang pertama: Satu set baju kebaya (baju+kain) yang bernilai RM160.
Pemenang ke-2: Sehelai baju kurung/dress yang bernilai antara RM80 - RM100.
Pemenang ke-3: Sehelai Shawl/Tudung bawal yang bernilai antara RM40 - RM60

NAK JOIN? KLIK JE BANNER DI ATAS

Jom ramai-ramai sertai "Give Away Contest by Izzlegacy Boutique". Original entry boleh klik pada link ini: http://www.myfizwan.com/2014/06/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html

Butik Izzlegacy terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ia merupakan sebuah vendor butik dengan produk utamanya adalah baju kebaya nyonya dan lain-lain jenis kebaya. Anda boleh dapatkan kebaya nyonya yang cantik-cantik dengan design, motif dan warna yang menarik kerana Izzlegacy mempunyai lebih kurang 600 design baju kebaya nyonya diatas brand Izzkebaya. 

Ramai yang telah membeli kebaya nyonya Izzlegacy (Izzkebaya) dan sangat berpuas hati dengan sulaman kebaya yang halus dan jahitan yang kemas. Pelbagai jenis kelengkapan kebaya ada dijual di butik Izzlegacy seperti kain pareo, kain batik kembang payung, kain batik selisih, kain songket dan pelbagai jenis kerongsang kebaya. 

Selain dari baju kebaya nyonya, anda boleh dapatkan pelbagai jenis produk yang lain seperti jubah muslimah, baju kurung moden, baju kurung cotton, candy dress, flat shoe, blouse, tudung bawal, aneka shawls, baju kurung kanak-kanak, dress kanak-kanak, kebaya kanak-kanak, aneka jenis biskut dan banyak lagi produk dibawah satu bumbung. 

Untuk melihat produk-produk di Izzlegacy Boutique, korang boleh layari laman web rasmi Izzlegacy Boutique dengan klik pada link berikut:http://www.izzlegacy.com.

TAMAT: 15/07/2014


TAG BLOGGER BERTUAH-JEMPUT JOIN & KOMEN:
1. Asha Lya                              2. izzeyda
3. Fuza Musa                                   4. Ar Eirza Japar
5. Muhammad Khairuddin Lim           6. Akif Imtiyaz
7. tarmizi                                   8. eKaTiKaH
9. ANa Ahmad                  10. ejulz

Sebab aku perlu shopping baju raya di Izzlegacy Boutique:

1. Menawarkan banyak pilihan baju raya orang dewasa!
Dianggarkan kat Izzlegacy Boutique menjual 600 design baju kebaya nyonya. Pergh…banyak tu! Bukan itu sahaja, kain pasang sulam turut dijual. Ada berbagai warna, boleh pilih warna apa yang kita suka. Rasanya semua cantik-cantik! Pilihan baju raya di Izzlegacy Boutique, turut ditampilkan bersama seperti jubah muslimah, baju kurung moden dan baju kurung cotton. Raya dah nak dekat ni, shopping baju raya di Izzlegacy Boutique adalah pilihan tepat bagi saya. Lebih banyak pilihan, lebih banyak memberi kepuasan buat pelanggan.

2. Tempat terbaik shopping baju raya anak-anak buah
Yang kat atas khas saiz dewasa. Haa… Izzlegacy Boutique complete sekali dengan menjual baju raya kanak-kanak. Memudahkan nak shopping sekaligus. Sekali jalan je. Antara pakaian yang turut dijual sempena ketibaan Aidilfitri 2014 ialah baju kurung kanak-kanak, dress kanak-kanak dan kebaya kanak-kanak. Melaram la anak buah dengan makciknya nanti. Hihi..

3. Kualiti jahitan bagus
Di Izzlegacy Boutique terkenal dengan baju kebaya nyonya. Malah aku sendiri turut jatuh hati pada corak sulaman kebaya nyonya. Memang cantik! Superb! Sulamannya halus dan jahitannya kemas. Of course, pelanggan nak kesempurnaan. Izzlegacy Boutique menjual kain sulaman berkualiti tinggi dan pastinya memenuhi kehendak pelanggan. Memberi aku keyakinan shopping baju raya di Izzlegacy Boutique.

4. Menampilkan pelbagai fesyen dengan gaya berbeza
Uniknya di Izzlegacy Boutique, turut menjual pelbagai jenis kelengkapan kebaya. Antaranya kain pareo, kain batik kembang payung, kain batik selisih, kain songket dan pelbagai jenis kerongsang kebaya. Timbul idea kreatif aku. Nak beli baju kebaya nyonya hitam BKN111 (nampak tak aku dah jatuh cinta kat kebaya ni). Then, aku matchkan dengan kain batik selisih, kain pareo, kain songket. Dengan hanya 1 baju sahaja boleh gayakan pelbagai fesyen lain. Haa..pastinya hanya ada kat Izzlegacy Boutique. Kena la skodeng pilihan kelengkapan kebaya untuk digayakan raya ni.

5. Nak beli melalui online! Mudah..mudah!
Memandangkan aku tersangat jauh dari lokasi Izzlegacy Boutique. Jualan dalam talian (online shop) amat memudahkan aku untuk memiliki baju raya yang dijual di Izzlegacy Boutique. Just pilih, tekan order, buat pembayaran, tetttt…pos terus sampai ke rumah. Zaman makin canggih. Haruslah shopping di Izzlegacy Boutique. Memudahkan buat semua.

6. Rekaan baju menawan hati dan begitu popular! Masuk magazine!
Serius aku cakap, baju raya kat Izzlegacy Boutique semuanya cantik-cantik! Rambang mata nak pilih. Sampai masuk dalam magazine: Majalah Remaja Edisi Julai 2014 dan Majalah Dara.com Edisi Jun 2014. Begitu popular dan menjadi kegemaran ramai. Kalau dah dipromosi di magazine, memang sah! Design baju raya tu cantik pada pandangan mata semua orang. Sebagai wanita, haruslah kita nak kelihatan cantik. Lagi menambah keyakinan aku nak shopping raya di Izzlegacy Boutique ni.

7. Disediakan ukuran badan dan ada menjual saiz baju besar
Mudahnya shopping dan pilih ukuran baju di Izzlegacy Boutique. Pasalnya, dah tersedia ada ukuran badan. Senang kita nak tahu saiz apa yang sesuai buat badan kita. Malah saiz baju paling besar turut tersedia sekali iaitu XXXL. Al-maklumlah, tak semua orang slim. So, semua peringkat dari yang ringan sampai ke terlebih berat boleh shopping dengan senang hati di Izzlegacy Boutique. Semua saiz ada!

8. Ada SALE!!!
Bestnya di Izzlegacy Boutique, siap ada promosi harga istimewa iaitu sale. Tadi ada survey, baju kurung moden bunga timbul kini tengah sale. Ada potongan harga sebanyak 14%. Diskaun tu yang dinanti-nantikan orang ramai. Jadi rebutan! Pastinya, aku sendiri jugak turut tergoda dengan tawaran sale di Izzlegacy Boutique. Terbaik!

Fesyen yang teringin nak pakai sangat-sangat di hari raya nanti:

Before ni aku sering menggayakan baju kurung moden. Lepas melihat galeri kebaya nyonya, terus membuatkan hatiku terpikat! Design cantik, warna kontra, sulaman bunga kelihatan halus, malah paling bez ianya boleh digayakan dengan pelbagai pelengkap kebaya. Bertambah stylo aku nanti. Especially yang ni: baju kebaya nyonya hitam BKN111. Cantik sangat-sangat bagi aku. Teringin nak pakai baju kebaya tu. Hitam itu menawan. Menyerlahkan lagi ke-slim-an aku dengan kaler hitam. Malah kaler sulaman bunga pink putih mengangkat lagi keserian aku bila pakai nanti. Makin bertambah gojes dan mempesonakan penampilan aku di mata suami.
Give Away Contest by Izzlegacy Boutique!! baju raya 2014, baju aidilfitri 2014
Haa...yang ini. Menggoda jiwa dan raga. Teringin nak pakai.. 

25 comments

Wah wah wah JOIN GA lagi ya ..
All The Best Yumida

good luck kak ^^

jemput join :) http://sweetsour93.blogspot.com/2014/07/segmen-saya-nak-kad-raya-daripada.html

Semoga berjayaYumida..banyak betul GA dlm bln ni..

Semoga ada rezeki Yumida dlm GA yang disertai..

rasa nak join juak.. hehe

waaa.. all the best tauuu ! =D

bestnye hadiah...insyaAllah nnti join..good luck sis!!!

Good Luck ..Wah wah tag Kak Lya jugak ya ..hehhee tq tag

goodluck kak.. cantik baju pilihan akak tu..:)


EmoticonEmoticon