Memohon Gantian Kad Pengenalan

Pada 17 Mac 2014, aku telah membuat permohonan gantian kad pengenalan di JPN PUTRAJAYA. Time tu, aku baru balik bercuti dari Jakarta, Indonesia. Sempat la jalan-jalan makan angin sekitar KL.

Tup-tup masa nak kemas barang, my MIL kehilangan IC nya. Puas jugak dia cari dan selongkar barang-barang yang kita orang shopping di Bandung dan Jakarta, tapi tak jumpa. Last-last, my MIL buat report di balai polis. Lepas buat report kehilangan IC, pihak polis suruh buat permohonan kad pengenalan | mykad baru di JPN berdekatan.

Aku pun apa lagi. Masuk line jugak. Apply kad pengenalan baru menggantikan yang lama. Nak jugak tayang gambar terbaru kat mykad kan.

Cara Memohon Gantian Kad Pengenalan, bayaran mohon kad pengenalan baru, ganti mykad, proses ganti mykad, cop jabatan pendaftaran negara JPN 
MEMOHON GANTIAN KAD PENGENALAN
Aku ingatkan free, rupanya ada bayar. Caj RM10.00 sebagai bayaran permohonan gantian IC.

GANTIAN KAD PENGENALAN – CIP/KAD ROSAK
Masa ambik cap jari kiri aku, pihak JPN cakap cap jari kiri aku rosak. Yang kanan tu ok. Agak lama scan cap jari kiri aku. Pun masih jugak problem. Kes aku dilabel cip/kad rosak.

CAP JARI KIRI AKU BERMASALAH
Actually, masa aku berumur 13 tahun buat kad pengenalan. Memang proses nak ambik cap jari kiri aku tu bermasalah. Garis cap jari tak timbul. Dalam bahasa yang mudah, acuan cap jari aku rata. Then, tahun 2002, aku tukar IC ke bentuk kad pengenalan baru yang ada cip. IC lama takde cip. Time buat penukaran pun, cap jari aku problem. Garis cap jari kiri tak sekata. Ada part yang ada garis, ada part yang takde garis. Tahun 2014, pun hadapi masalah sama, cap jari rosak.

CAP JARI BERMASALAH BIKIN AKU MENUNGGU LAMA BAGI URUSAN LAIN
Bila cap jari sebelah kiriku bermasalah, ia mendatangkan kerumitan buat diri aku. Pasalnya, pihak yang bertugas akan scan jari kiri aku dalam tempoh yang lama. Sama ada dalam urusan bank (ambik duit guna buku bank), urusan lesen kereta (setiap kali datang ke kelas memandu mesti nak scan cap jari dulu), urusan imigresen (penerbangan) dan lain-lain urusan yang kena scan cap jari.

Cara Memohon Gantian Kad Pengenalan, bayaran mohon kad pengenalan baru, ganti mykad, proses ganti mykad, cop jabatan pendaftaran negara JPN
Dokumen Pengenalan Sementara
Inilah rupa kertas yang perlu aku bawa ke sana ke mari menggantikan kad pengenalan atau MyKad. Ianya ada sah tempoh laku. So, make sure kena alert tarikh tu. Collect dengan segera bila mykad dah siap diproses di JPN.

Cara Memohon Gantian Kad Pengenalan, bayaran mohon kad pengenalan baru, ganti mykad, proses ganti mykad, cop jabatan pendaftaran negara JPN
Cop Jabatan Pendaftaran
Ooops..belum habis lagi. Bagi yang mempunyai urusan travel yang memerlukan korang guna kapal terbang. Korang kena dapatkan cop jabatan pendaftaran bagi pengesahan yang mengatakan dokumen itu sah! Kalau takde cop ni, Korang tak boleh naik flight. Cop ni dikenakan caj RM5.00 bagi bayaran pengesahan permohonan.

Cara Memohon Gantian Kad Pengenalan, bayaran mohon kad pengenalan baru, ganti mykad, proses ganti mykad, cop jabatan pendaftaran negara JPN
Resit bayaran cop pengesahan jabatan pendaftaran

So, total bagi urusan permohonan penggantian kad pengenalan berjumlah RM15.00

25 comments

Hilang tak pernah lgi buat baru pernahla

Assalamualaikum yangg, sheila pun dah tukar IC baru sebab yang lama dah rosak. buat masa pregnant 8 bulan ritu. muka kembang semacam je. ahakakakakaka pasrah kita (~___~)

mne ade yg free skank sis :)

Penah buat dulu, kes hilang kena ragut.. ishh bila la nak buat kad pengenalan yang baru nih..

Kalau ibu jari kita problem mmg byk masslah yg timbul

Mmg bahaya klu ic hilang.. baguslah dah buat report & buat baru...

Ssh jugak klau cap jari tk sekata...

Salam sis, nk tnye..kalau tukar ic sbb rosak, gamba tukar baru ke, dorg amek yg lame?

wsalam. tukar ic rosak, pihak jpn akan ambil gambar baru kita. sama juga kalau kita nak renew / perbaharui ic, tetap juga ambil gambar terbaru.

Thanks for your info about the cop needed as to travel by plane thx sooo much

kalau nk buat lesen tu camne?sbb cap jari sya rosak jgk.kna prgi jpn jgk ke mntk pngeshan?kalau mntk borg jpn12 tu sbb msalah cap jati boleh ke?mohon penerangan...

cap jari sendiri rosak ataupun cap jari kat cip mykad tu bermasalah? kalau pasal mykad bermasalah kena refer jpn. kalau cap jari sendiri rosak yg tu sy x pasti

jwpn kpd soalan lihat kat bwh.

jwpn kpd soalan lihat kat bwh.


EmoticonEmoticon