Ramadan Mubarak Giveaway by Najla Mohayidin

KLIK BANNER UTK JOIN



Perkara yang paling disukai bila tibanya Ramadan:

Dapat mengerjakan ibadah puasa, bertarawih, bertadarus beramai-ramai di masjid. Yang mana di bulan Ramadhan menjanjikan ganjaran yang cukup besar bagi orang yang memanfaatkan peluang diberikan. Malah, amalan bersedekah di bulan puasa mengeratkan ukhuwah jiran tetangga, bertukar makanan, hingga lauk yang kita masak daripada 1 bertukar menjadi 5 lauk-pauk. Seronoknya bersedekah, mengikis rasa kedekut dalam diri, sedekah dengan hati yang ikhlas, mudah-mudahan hidup kita mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Itulah penangan kehadiran Ramadhan.

Bazar Ramadhan adalah dinanti-nantikan. Kepelbagaian lauk pauk, kuih muih tradisional dijual. Berjalan di bazar Ramadhan memberi kebarangkalian berjumpa akan kawan lama. Alangkah seronoknya, medan bazar Ramadhan menjadi penghubung jejak kasih. Juga agihan bubur lambuk membuatkan hati ini teruja akan menjelangnya bulan Ramadhan. Malah, golongan surirumah/suri hati suami tersenyum lebar kerana tidak perlu masak di waktu tengah hari. Relaks…cuti masak yang tiada di bulan lain, ekslusif di bulan Ramadhan sahaja. Saat berbuka puasa menambah keakraban di kalangan ahli keluarga, kesemuanya berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama. Indahnya bulan Ramadhan. Alhamdulillah…

TAG: FIZAH & NURATIKAH
TAMAT: 22/07/2014

16 comments

good luck dan selamat berblogwalking ramadhan..

N berbesar hati kiranya yumida sudi join SEGMEN : BW sambil menhayati bulan ramadhan :D

http://kapas-putih.blogspot.com/2014/07/segmen-bw-sambil-menghayati-bulan.html

Banyak betul GA dan Segmen di bulan Ramadhan ni kan ??

Semoga mennag besar mennag besar hehehe

aah kan kak
yumida suka join
selagi line tenet berakses ni

thanks for joining! goodluck XD

hi sis. boleh check pemenang esok yeee. 24/7/14 pukul 3 ptg. all the besssttt!

singgah dari segmen yang sama

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/07/ramadan-mubarak-giveaway-by-najla.html


EmoticonEmoticon