Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 23/07/2014

Pengalaman puasa paling menyeronokkan di bulan Ramadhan

Tahun 1992, kali pertamanya aku merasai suasana perkampungan. Kami sekeluarga 100% berpindah dari kehidupan kota yang sibuk ke desa perkampungan yang aman damai. Masa tu aku berumur 8 tahun, darjah 2.

Sakainya aku melihat ayam dan itik berkeliaran di jalan raya. Kat kota, mana ada haiwan peliharaan dibiarkan berjalan di jalan raya. Masing-masing ada rumah mereka sendiri. Reban ayam, reban itik. Sakainya aku memerhatikan budak sebayaku begitu sopan berpakaian, berseluar panjang, berbaju. Aku? Sering menggunakan seluar pendek. Yang kadang kalanya tidak berbaju bila pergi ke kedai.

Berita ‘budak baru selamba tak berbaju ke kedai’ menjadi topik hangat di sekolah. Hari pertama menjadi budak baru di sekolah, aku sudah dikenali ramai. Begitu cepatnya, begitu mesranya anak-anak kampung mudah bergaul.

Ramadhan makin menghampiri. Ustaz di sekolah sering berpesan agar melatih diri berpuasa bermula kecil. Puasa? Erk…part tu juga aku blur. Di rumah kata-kata ustaz masih terngiang-ngiang di telingaku, puasa tak boleh makan minum sampai waktu maghrib. Aku musykil, “Mak..tadi kat sekolah ustaz suruh puasa. Tak boleh makan minum. Habis la kita mak. Mati la kita..tak makan tak minum”. “Haih..cakap yang bukan-bukan. Mana ada orang berpuasa yang tak makan sehari boleh mati”. Mak mula menerangkan pada aku maksud berpuasa, benda yang dilarang dibuat ketika puasa, sebab-sebab budak kecik disuruh latih berpuasa. Oooo..baru aku faham sikit-sikit.

Hari pertama puasa, mak ai terseksanya aku. Hausnya tak terkata. Laparnya bukan main. Habis segala benda di depan mata, aku marahkan. Marahkan pada ayam yang berak depan beranda. Marahkan tahi itik yang berbau busuk. Marahkan pensil yang sering patah. Pendek kata, apa sahaja yang berlaku ketika itu menjadi mangsa kemarahanku.

Ayat tak lekang dari bibir, “Mak dah pukul berapa mak?”. Dah tak sabar nak berbuka puasa. Al maklum la, masa duduk kat kota dulu tak pernah berpuasa. Bila pindah ke kampung, Kesemua pelajar beragama Islam. Hampir kesemuanya berpuasa. Perubahan yang aku perasan sikapku, aku sudah pandai berasa malu. Malulah aku kalau kawan-kawan aku tahu kalau aku tak puasa. Maruah budak baru pastinya tercalar. Jadi, dengan gigihnya aku nak teruskan berpuasa, demi maruah.

Seronoknya tinggal di kampung sebab selepas habis sekolah kami pergi mengaji di masjid. Ada imam yang ajarkan mengaji. Lepas mengaji ada sahaja aktiviti yang kami buat. Walaupun di bulan puasa, aktiviti bersuka-ria tetap diteruskan. Ada pertandingan menyanyi. Masa giliran menyanyi, kengkawan yang lain akan bagi bunga. Habis bunga orang kampung kami petik. Dah la berpuasa, menyanyi sekuat hati lagi tu, memang kering tekak dibuatnya.

Pertama kalinya juga aku melihat meriam buluh. Ala..percikan mercun dari buluh tu. Famous sangat time tu. Terujanya aku lihat asap berkepul-kepul dengan bunyi nyaring meriam buluh. Lain bunyinya berbanding mercun dijual kat kedai tu. Paling bez, bila bunyi meriam buluh saling berbalas bedilan seolah-olah bunyi perang. Seronok sangat time tu.

Aku turut membantu abang-abang aku menyediakan pelita buluh. Memasukkan sumbu pelita ke dalam corong disediakan, memacakkan pelita buluh ke tanah, membantu menuangkan minyak tanah ke dalam buluh. Malam nanti, bila dah gelap sikit baru dipasang apinya.

Begitu banyak aktiviti di kampung aku lalui dan merasai kehebatan suasana kampung yang begitu mengasyikkan. Dalam hati aku berkata, nasib baik pindah kat kampung bez. Sebab apa? Sebelum keluarga kami berpindah aku sering berbuat andaian, mesti tinggal kat kampung membosankan. Aku tak sangka tinggal kat kampung lebih menyeronokkan! Malah siapa sangka, aku sudah mula belajar berpuasa di kampung.

Waktu berbuka puasa kian menghampiri. Terujanya aku melihat sajian makanan yang begitu banyak di atas meja. Padahal mak hanya masak 2 lauk je. Tapi jiran tetangga bagi makanan yang begitu banyak. Maka kata lauk pemberian jiran sebelah. Sedekah.. Bila dah masuk waktu berbuka, lahapnya aku makan. Ye la dah seharian kering tekak, perut berkeroncong. Bila kenyang, sampai senak perut jadinya. Semua nak disumbat masuk. Hihi..

Malam kian gelap. Aku dah teruja menunggu kat luar rumah. Abang datang membawa mancis untuk diyalakan pada api pelita buluh. Wah…tak ku sangka bersinarnya cahaya api buluh tu. Kat kota mana ada benda sebegini. Rumah dekat-dekat. Malah main mancis pun dilarang. Kat kampung terasa kebebasan sedikit, meneroka pengalaman baru di kampung sememangnya menyeronokkan!! Itulah aku ketika kecil. Berpeluang merasai kemanisan kenangan di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.. 

13 comments

ewaah.. menarik nyaa.. gudluck tauu =D

banyaknya peraduan di bulan Ramadhan ni.. apapun good luck Yumida..

banyak join GA n segmen ye skrg hehe

insyallah berjaya nanti :)

Salam Uzu,
Thanks for joining..
All the best ye...

Salam
Uzu
Tahniah
Anda pemenang tempat keempat
Sila emelkan nama dan no akaun maybank ke suriana.abka@gmail.com
Terima kasih.


EmoticonEmoticon