Kek Lapis Cadbury Pandan

Kek Lapis Cadbury Pandan siap! Dialog: Siapa kata orang lelaki tak hebat membaking kek di dapur? Ala-ala ayat Che Lah MasterChef gitu. Hihi.. Wokeh, Kek Lapis Cadbury Pandan ni tercipta hasil air tangan hb tersayang. Macam senang je dia buat kek, lancar. Mengalahkan aku macam kura-kura kat dapur. Sebut je nama pandan sure terbayang kaler hijau. Untuk kek ni my hb pilih cadbury perisa blueberry.

Oh ya, kang ada pulak yang buat isu berbangkit pasal halal haram cokelat jenama Cadbury ni. Buat makluman semua, pihak JAKIM telah mengesahkan cokelat jenama Cadbury 100% halal. Alhamdulillah, sememangnya aku amat yakin dengan peranan JAKIM. JAKIM berfungsi dengan cemerlang dalam bidang mereka. Yakini pengesahan JAKIM, gunakan tanpa was-was.

Jom tengok hasil sentuhan ajaib kek buatan hbku, Kek Lapis Cadbury Pandan:

Resepi Kek Lapis Cadbury Pandan


cara membuat Kek Lapis Cadbury Pandan, resepi kek 2014, resepi kek 2015, kek Raya Aidilfitri 2014, kek Syawal Raya, kek Ramadhan

Bahan-bahan Kek Lapis Cadbury Pandan

500g mentega
250g tepung hong kong
150g gula halus
10 biji telur gred A
50g serbuk santan (1 peket)
1 ½ sudu besar ovalette
sedikit esen vanilla
200g susu pekat manis
kepingan coklat Cadbury secukupnya
pes pandan 1 botol
150g horlick

Cara-cara membuat Kek Lapis Cadbury Pandan

Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Ketepikan.
Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan telur tadi. Sebatikan.
Masukkan tepung, santan, ovalette, esen vanilla dan horlick ke dalam adunan tadi.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)
Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal.
Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan (api oven selama lebih kurang 3 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).
Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut citarasa. Kemudian dibakar.
Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis.
Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit.
Sejukkan kek sebelum dipotong.

cara membuat Kek Lapis Cadbury Pandan, resepi kek 2014, resepi kek 2015, kek Raya Aidilfitri 2014, kek Syawal Raya, kek Ramadhan

Siap! Apa kata korang try resepi Kek Lapis Cadbury Pandan untuk kek Raya korang tahun 2014 ni. Try jangan tak try...

40 comments

Sedapnya kek lapis..tapi kalau guna coklat lain pn boleh kan..=D

Aishh nampak sdp pndainya hb yumida mmbaking

raya lak x tekabey aik mkn kek ya.... hehe

aah boleh diganti dgn coklat jenama lain
coklat kepingan

nice sharing entry kak yumida :)

Sarawak mmg femes kek la[is kan Yumida ...

Sarawak memang terkenal dengan kek lapis kan Yumida..

Apapun hebat la hb Yumida dalam baking membaking nih..

Saya nak kek biasa pun terkial2.. inikan plak kek lapis.. mau hancus agaknya..


EmoticonEmoticon