Cabaran Berpuasa Di Bulan Ramadan 2014: Cuaca Panas & Fenomena El Nino

Sure ramai di antara kita mengetahui akan kesan fenomena El Nino. Malah di tempat aku sendiri, begitu panasnya haba matahari. Hingga nak letak tangan ke atas meja pun terasa haba panasnya. Fenomena el nino mengundang cuaca panas berlarutan, kurangnya aktiviti hujan, kurangnya tiupan angin. Fuh..fuuuuh..meh kipas aku sikit. Pastinya situasi sebegini menimbulkan rasa kurang selesa, dek cuaca panas berpanjangan.

Julai 2014, bulan Ramadhan umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Puasa tahun ni agak mencabar kerana kehadiran fenomena el nino. Cuaca panas memanjang. Terma puasa itu sendiri tidak makan dan minum dalam tempoh tertentu di samping meningkatkan amal kebaikan. Pastinya mencabar bagi orang berpuasa. Melainkan kalau seseorang tu duduk dalam bilik aircond 24 jam. Hihi..

Tapi…jangan jadikan faktor el nino dan cuaca panas untuk kita tidak berpuasa. Wajib puasa bagi yang sudah mencukupi syarat berpuasa. Walaupun dilanda cabaran, sabarlah hadapi kesemuanya. Kuatkan iman berpuasa, amalkan pemakanan sihat especially time bersahur dan berbuka puasa.

Cabaran Berpuasa Di Bulan Ramadan 2014: Cuaca Panas & Fenomena El Nino

Sebab Ramadhan 2014 mencabar:
Ibadah puasa kali ini dianggap lebih mencabar oleh kebanyakan pakar-pakar pengkaji cuaca di seluruh dunia kerana faktor pemanasan global yang menyebabkan suhu bumi terus meningkat. Cuaca panas dan lembab luar biasa ini berlaku akibat suhu air yang lebih panas di tengah dan timur Lautan Pasifik lalu menyebabkan pergerakan menaik wap yang kuat serta merendahkan tekanan permukaan di kawasan terbabit. Malaysia menerima nasib sama seperti negara jiran Brunei, Singapura, Indonesia, selatan Thailand dan Filipina apabila tekanan atmosfera meningkat menyebabkan terjadi cuaca yang lebih kering.

Saranan menghadapi cabaran el nino dan cuaca panas:
Kita digalakkan untuk meminum air sebanyak 300 mililiter (ml) setiap setengah jam untuk mengelakkan dehidrasi apabila berpuasa keesokan harinya.

Haaa…cenggitu la. Masa bersahur dan berbuka puasa, minum air banyak-banyak. Fenomena el nino ditambah lagi cuaca panas dan kering. Jaga diri ye. Assalamualaikum…

19 comments

kenalah bersabar..itu semua ujian dari Nya..

lagi banyak cubaan lagi banyak pahala kita kan

buka puasa / sahur minum air banyak , bangun pagi kena buang juga ... semoga kita bertabah melalui ramadhan ini ...

ha'a betul skarang cuaca pnas, nk amal minum air bnyk slalu trbabas..hihi tapi xpa kita jdikan ini sbagai cbaran. :)

Tekak pn sakit.. kalau tengok positive side untuk saya lah.. saya jadi kurang cakap hihi

Tekak kita pun sakit sekarang..sangat keringkan..nway semuanya dugaan kan...kena banyak bersabar..

memang cabaran sangat.. tekak pun dah pedih2..

Panas ohhhh ..

Kat Sabah ni cuaca tak menentu kejap panas kejap hujan

Yup bila panas rasa tak selesa sangat.. tapi alhamdulillah ada juga panas dan hujan di sini.. jadi kurang skit rasa panasnya..

skarang ni satu family bbuka dgn air je bergelen2..makannya kurg..:p

Tu la sekrg panas btull...berbuka takder selera nk mkn nasi..

Cobaan.. alhamdulillah.. setakat ni blom lagi bocor puasa.. =)

Mmg cuaca sgt panas skrng.. tp ada waktu2 yg hujan juga. Mungkin berkat doa2 org2 yg beriman...


EmoticonEmoticon