Dah nak dekat nak Raya woi!!

Bergema tak laungan aku? Hihi.. Tak lama lagi nak menjelangnya Hari Raya. Sure busy membersihkan itu ini. Bersihkan halaman rumah, bersihkan toilet, cuci dan lap bekas makanan, cawan, lap meja, kerusi/sofa. Biar lenyap segala debu. Bersihkan kipas, cermin tingkap. 


Ada yang cat baru dinding rumah. Especially rumah yang ada budak kecil yang suka tunjuk seni kat dinding, macam-macam corak boleh jumpa. Rumah parents dan my MIL every year cat baru. Part nak alihkan perabot, bingkai gambar tu yang ada malas sikit. Tapi kalau dah di cat memang nampak cantik. Berseri-seri!


persediaan sebelum raya
foto from Google 

Time dekat nak Raya apa yang selalu korang buat? Haa..cari buluh untuk dibuat pelita erk? Tapi zaman sekarang makin senang nak dapatkan pelita buluh yang dah siap. Ada dijual kat kedai. Cuma tu la..melibatkan wang ringgit. Buat sendiri lebih jimat. Cuma masa dan tenaga tu yang kurang. 

31 comments

hahaha..ni pun aura raya dah menebal nih..aura keja dah nak hancuss..

Yumida dah settle bab nak raya nih?

salam aidilfitri sis
raya mana yumida tahun ni

Pelita tu dah tak guna buluh..semuanya ready made..he..he

lagi 4 hari dah boleh makan nasi tgh hari..

esok kita balik kampung. yeahhhh. hehe

Cat pagar rumah tak siap lagi. ;0

tak sabar nak beraya jugak, selamat hari raya :)

tolong buat kuih raya je..kemas rumah sikit2

rumah tak kemas lagi ni...selamat menyambut syawal buat Yumida sekeluarga

Selamat Berpuasa dua hari lagi yerr Yumida

Baru bercuti dan dapat buat keja pembersihan.. almaklum sajalah anak2 nak beraya dengan kawan2 dulu..

Debaran raya sudah mula dirasai... :) :)


EmoticonEmoticon