Cara Semak Status Kad Pengenalan | MyKad Dah Siap Atau Belum

Buat pemohon Kad Pengenalan | MyKad, anda boleh menyemak status permohonan anda. Sama ada Kad Pengenalan | MyKad anda dah siap diproses atau belum. Berikut merupakan cara menyemak status permohanan korang: 

MELALUI TELEFON
TALIAN HOTLINE: 03-88808066
-Call nombor ni. Lepas tu korang bagitahu kat operator yang tengah menjawab panggilan ni, buat semakan untuk status permohonan Kad Pengenalan | MyKad korang. Bagitahu nombor kad pengenalan korang kat operator tu. Then, operator tu akan buat semakan, kemudian terus maklumkan pada kita yang Kad Pengenalan | MyKad kita tu dah siap atau belum siap. Dalam masa seminit kita dah tahu status permohonan IC kita. Sekejap je! 


MELALUI SMS


mySMS: TAIP JPN MYKAD <NO KP> DAN HANTAR KE 15888
(*Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej diterima akan dicaj RM0.20)

-Cara paling mudah melalui SMS. Jimat! Anda boleh try cara ni dahulu. Kalau tak dapat guna cara lain seperti pilihan diberikan. 


MELALUI WEBSITE JPN

Laman web: www.jpn.gov.my
-Juga anda boleh semak status Kad Pengenalan | MyKad korang di website JPN sendiri. Ni free! Tak melibatkan kredit telefon pun. Cuma kat tempat korang semak tu sama ada di rumah atau pejabat, komputer anda harus berakses dengan internet. Haa…baru dapat semak. Masa aku semak guna website JPN ni, aku hadapi masalah tak boleh bukak website. So, tak dapek aku semak status Kad Pengenalan | MyKad aku guna cara ni.

Cara Semak Status Kad Pengenalan | MyKad Dah Siap Atau Belum, semak status mykad melalui sms, laman web JPN dan semak status kad pengenalan melalui telefon hotline jpn
Dokumen Pengenalan Sementara
Digunakan sementara nak tunggu mkad kita siap diproses

 Alhamdulillah, hari ni aku dah tahu status permohonan Kad Pengenalan | MyKad aku. Dah siap pun! Dengan excitednya, petang nanti aku nak pergi ambil. Abang JPN cawangan dotdotdot…mu tunggu daku datang!

25 comments

ha'a kan senang dh skarang nk check, tak perlu susah-2 online je..:)

Akak buat IC kat UTC satu hari dah siap

haha..info yg berguna..salam Ramadhan

boleh tengok di hujung jari je skrg

kat tempat sy cuma perlu tunggu 2 jam je untuk siap. Nsb baik cepat. Tak perlu ulang alik...

Dah siap blh la p ambik cepat2..dah tak payah nak usung dokumen pengenalan sementara yang besar tuh..

Wahh baguslah... thanks sharing Yumida... :)

semakin maju ke depan teknologi kita

Sama jer ker ic baru ngan yg lama ? Ada penambahbaikan ?

Assalamualaikum....canne nak tengok tempat permohonan taraf....yg tau harap2 nk tolong


EmoticonEmoticon