Permohonan MyKad dah siap

Alhamdulillah, selepas menunggu 3 bulan akhirnya Jumaat lepas aku call pihak JPN. Tanya, mykad yang aku renew hari tu dah siap ke belum. Before ni aku tertunggu-tunggu gak panggilan dari pihak JPN suruh collect mykad. Takde. Patutnya kalau mykad tu dah siap mereka akan call. 


Mykad | Kad Pengenalan | IC | Identity Card

Dulu nama mykad ni orang panggil kad pengenalan. Atau nama omputihnya IC (identity card). Sekarang nama baru mykad. 


Permohonan MyKad dah siap, memohon gantian kad pengenalan atau mykad, kad pengenalan, ic, identity card 
Gambar mykad
Macam ni la rupa baru mykadku yang terkini. Wajah dan info haruslah diblur. Hihi… Takmo jadi famous amos nanti. Kang jadi retis susah pulak nanti.
 
Yeah, senang dah nak simpan mykad ni dalam purse. Before ni pakai kad pengenalan sementara. Yang pakai kertas tu. Payah nak simpan dalam handbag. Makan space. Nak tengok dokumen pengenalan sementara aku? Meh aku tayangkan. Mana tahu suatu hari nanti korang bakal pakai dokumen pengenalan sementara ni jugak.
 
Cara Memohon Gantian Kad Pengenalan, bayaran mohon kad pengenalan baru, ganti mykad, proses ganti mykad, cop jabatan pendaftaran negara JPN, Permohonan MyKad dah siap, memohon gantian kad pengenalan atau mykad
Dokumen pengenalan sementara
Iye..tahu korang kata besar. Kertas ni aku lipat 2 kasi taruk dalam handbag. Kertas ni agak tebal sikit. Untuk mengelak ia daripada cepat terkoyak. Yeah…dah 3 bulan dokumen pengenalan sementara ni aku bawa ke sana ke mari. Sure dia happy sakan pasalnya dia boleh menikmati suasana bazaar ramadhan. Seronok la tuuuu!
 
Selamat tinggal dokumen pengenalan sementara, selamat datang mykad ku yang terbaru! 
Info berkaitan:

12 comments

Kalu buat kat JPN memang la lama nak tunggu. Tapi kalu buat kat UTC, tak perlu pun kertas besar ni, sebab 1 hari jer dah siap.

Ni MyKad baru memang ada 2 gambar. Saya punya MyKad tahun lepas dah kena tukar baru dah. Sebab gambar 1 saja.

Lamanya siap lya wat ari tu kat Jpn kk 4jam je siap hhee

Wahh dah siap eaa..yeyy mykad baru ..tahniah tahniah hehehe

Salam..lamanya tunggu..buat kat mana ni?
klu kat Ipoh ni dalam 2 jam shj dah siap semua..

seronok dah kan dpt mykad yg baru..

tak buat pun lagi yang baru..ntah bila la nak merajinkan diri tukar mykad baru nih..


EmoticonEmoticon