Biskut Corn Flakes Strawberi

Yeah..berjaya menyiapkan Biskut Corn Flakes Strawberi untuk hidangan hari Raya nanti. Actually, resepi asal guna bahan lain. Memandangkan ada kekurangan part bahan-bahan tu, so aku renovate. Terciptalah biskut comel warna warni ni.

 

Resepi Biskut Corn Flakes Strawberi


Resepi Biskut Corn Flakes Strawberi, resepi biskut raya, resepi biskut aidilfitri 2014, cara membuat Biskut Corn Flakes Strawberi, gambar Biskut Corn Flakes Strawberi

Bahan-bahan Biskut Corn Flakes Strawberi:

Bahan A:
230 gram tepung gandum
3 sudu besar horlick
180 gram Nestle Corn Flakes diramas kasar
70 gram buah ceri merah dicincang 

Bahan B:
270 gram mentega
100 gram gula kastor
1 sudu teh esen strawberi 

Bahan C:
1 biji putih telur, dipukul sedikit untuk diglis pada biskut
Chocolate rice 1 botol

 

Cara membuat Biskut Corn Flakes Strawberi:

1. Ayak bersama bahan A dan campurkan Nestle Corn Flakes dan buah ceri.2. Pukul bahan-bahan B hingga kembang. Setelah kembang, masukkan campuran A tadi.3. Ambil 1 sudu teh adunan dan letakkan di atas dulang pembakar. Gliskan dengan putih telur. Letakkan chocolate rice di atasnya sebagai hiasan.4. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 celcius selama 19-22 minit.

Excited mencuba resepi baru. Nak merasai macam mana rasa, kerangupan, ke-chrunchy-an Biskut Corn Flakes Strawberi ni. Yeah…1 biskut raya dah siap. Korang pulak, ada buat biskut aidilfitri 2014 tak? Kot-kot ada resepi baru, meh la share bersama. Nak try resepi Biskut Corn Flakes Strawberi ni?? Sila-sila, dijamin kesedapannya!

Resepi Biskut Corn Flakes Strawberi, resepi biskut raya, resepi biskut aidilfitri 2014, cara membuat Biskut Corn Flakes Strawberi, gambar Biskut Corn Flakes Strawberi

21 comments

cam best je. bhan ada dah. kekuatan je xde nak buat..

Baru satu jns je kihkihkih tugu ujung minggu baru nak wat lg

Nampak sedap..Wahh,boleh cuba nie.. :D

Cara nak buat pontak rumit ..boleh la cuba buat nanti ..

Anak2 mesti suka sebab comel jer biskut ni hehehe

tak pernah dengar lagi kuih ni.. resepi baru ker??

Mcm sedap jer biskut nie

Macam best ja biskut ni..resepi pun simple mample..

Tahun ni tak excited nak buat kuih raya macam tahun lepas..cuma rasa nak buat kek ja tahun ni..

Apapun selamat membuat kuih raya ye Yumida..

ada masa nak jugak buat kuih raya...boleh try resepi ni..


EmoticonEmoticon