Pakaian peserta AF 2013 dikritik juri

Pakaian para pelajar AF 2013 menjadi pertikaian kerana dianggap seperti tidak bersedia untuk sebuah pertandingan.

Minggu lepas, di konsert AF 2013 minggu ketiga, beberapa bintang Akademi Fantasia telah dikritik dek pemilihan pakaian untuk persembahan konsert pada malam tersebut.

Rata-rata penampilan kesemua peserta kurang memuaskan, tetapi antara peserta yang mendapat kritikan hebat daripada juri ialah Faizul, Indah dan Nona.

Pakaian peserta AF 2013 dikritik juri, pakaian nona af 2013 dikritik
Nona AF 2013

Faizul AF 2013

Indah AF 2013

Salah seorang juri yang paling lantang mengkritik tentang penampilan peserta ialah Roslan Aziz yang menganggap ia merupakan kriteria paling utama untuk menjadi seorang penghibur.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli ketika sidang akhbar berkata, pihaknya turut menerima beberapa maklum balas daripada penonton berkenaan penampilan peserta.

“Perkara ini memang diambil perhatian serius oleh Astro dan perbincangan lanjut akan dilakukan dengan pihak penata busana. Kami akan memastikan para peserta akan tampil dengan lebih menarik lagi,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online

Pada pandangan aku sendiri memang benar apa yg diperkatakan oleh juri pada malam itu iaitu Roslan Aziz dan Sharifah Amani mengenai pakaian yang dipakai oleh bintang AF 2013 malam itu. Penampilan yang kurang menarik bagi aku. Pernah aku tampilkan dalam entry sebelum ini:


Hmmm...wait and see pakaian bintang AF 2013 minggu keempat ni nanti. Bila tu? Malam Ahad ni jam 9 malam saluran 104 dan 135.

20 comments

Bena juak ya.. Selalunya org nang akan perhatikan pakaian retisss bah. Hihi

akak dh macam penkritik Af pun ada heheh :)

Mmg betul pun.. tak menarik langsung

http://cahayacinta.com
saya tak tengok tv tapi tebgok pada pic ini memag betul tak ada aura nak tgok.kalau boleh biarlah lagu bawa sedap pakai baju cantik2 barulaha da aura gitu heee

fesyen dia tuh kalo kat new york ke kat pentas peragaan ke boleh la. kat sini mcm culture shock sikit. heheh oppsss

tak berani nka komen pakaian diorang sebab tak tengo hihi..singah nak klik tabung yumida hehe

yang dah ditetapkan sedia ada..cuma perlu ikut sahaja..

pakaian mereka ni mereka pilih sendiri ke wardrobe sediakan dan tentukan?

tak tengok af pun. sebab tak de astro. pakaian jadi isu? hmm, mybe diaorang pakai tak menarik kut...

akak tak dapat tengok lagi.. nak singgah isi tabung, tapi semua tidur pula.. :(

bg sy ok je kot kalau tgok pakaian diorang ni =) mcm mn lg diorang nk agaknya ye..hu3..kalau nk puaskn hti utk seorang baik kekalkn je..

hehehehehe..

Roslan Aziz tu klu komen mmg lantang, kdg kala pedas dengar.. tp selalunya betul juga..

baguslah kritikan ni.. boleh membina diri lebih maju lagi kan...

sik tengok pun konsert ya jadi sik tauk mok komen apa lah tentang baju sidaknya.. hehe

hu2.. nak tau pasal af gi sini jelah.. heee

hah memang pun af kali ni baju ntah apa2 ntah


EmoticonEmoticon