Nak Topup Raya?

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 03/08/2014
Sebab saya patut mendapat TOPUP RAYA dari julinaalias:
1. Agar saya boleh mengakses internet di Hari Raya nanti memandangkan saya sendiri menggunakan broadband Celcom jenis topup. Yang memerlukan kredit topup setiap bulan. Andai dapat hadiah topup Raya, alangkah seronoknya. Boleh saya kongsikan kisah Raya di blog, Facebook, Twitter dan Instagram.
2. Hadiah topup Raya tu nanti boleh cover perbelanjaan bagi membuat kek dan biskut minggu lepas. Memandangkan banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk kos membuat kek/biskut. Adalah 1 bonus bagi saya jika terpilih mendapat hadiah topup Raya. Syukur sesangat.
3. Hadiah topup Raya dapat saya sharekan bersama ahli keluarga saya yang lain. Memandangkan di Hari Raya, waktu berkumpul seluruh isi keluarga. Kami sering berkongsi kredit dan share antara 1 sama lain, terutamanya bila kedai topup tutup di musim perayaan. Sudah tiada pilihan untuk kami membeli kredit topup. Cara berkongsi kredit adalah jalan penyelesaian.
4. Hadiah topup Raya boleh mengeratkan ukhuwah antara saya dan rakan lama. Especially mereka yang jauh-jauh. Seperti mereka yang tinggal di Sabah, Labuan, Ipoh, Penang, Melaka. Melalui panggilan telefonlah kami dapat mengungkapan ucapan Raya dan berbual mesra.
5. Hadiah topup Raya dapat memanjangkan tempoh akhir kredit saya. Secara tak langsung membantu diri saya untuk menghubungi orang lain melalui handphone. Bayangkan, menjelangnya Hari Raya..tup-tup baki kredit telah tamat tempoh. Betapa frustnya diri saya. Terputus hubungan ke dunia luar. Tak boleh call, tak boleh mesej. Sedih.. Insha Allah jika ada rezeki, hadiah topup Raya memberi sumbangan besar buat diri saya.

Ucapan Raya buat insan istimewa dalam hidupku:
Makcik..terima kasih menjadi ibuku selama 13 tahun ini. Kehadiranmu dalam keluarga kami memberi sinar harapan. Menceriakan kehidupan kami yang penuh kesepian. Mengubati luka di hati kami setelah ditinggalkan ibu kandung tercinta. Perginya tak kembali, menghadap panggilan Ilahi.

Sedihnya kami di pagi Raya, melihat anak jiran tetangga berjalan berpimpinan tangan dengan ibu masing-masing. Kami? Hanya mampu mengintai dari jendela, menahan hiba. Rindunya kami pada ibu tak terkata.

Terima kasih makcik atas kesudian menjadi ibu kami. Menjadikan kehidupan kami lengkap seperti sedia kala. Dirimu begitu memahami. Betapa kekoknya lidah kami memanggilmu ‘emak’. Hingga dirimu membahasakan diri sebagai ‘makcik’. Terima kasih kerana memahami.

Tidak cukup dengan itu, dirimu sanggup mengeluarkan simpanan di bank semata-mata untuk melanjutkan pelajaran kami. Mulianya hatimu makcik. Moga Allah membalas kebaikanmu. Tidak pernah sedikit pun dirimu berkira. Walaupun kami bukan anak kandungmu. Kasih sayangmu, perhatianmu, jagaanmu seolah-olah dicurahkan oleh emak kandung sebenar.

Mungkin inilah takdirnya, kami diuji dengan ujian yang hebat. Emak meninggal ketika usia kami masih kecil. Kami terkontang-kanting meneruskan hidup. Payahnya kehidupan tanpa seseorang bergelar ibu.

Terima kasih Ya Allah…menganugerahkan kami seorang ibu baru. Makcik yang baik hatinya, murah hatinya, penyabar, bertimbang rasa, indah budi pekertinya. Siapa sangka seorang ibu tiri dinobatkan Ibu Tercontoh tahun 2012. Subhanallah… Beruntungnya kami ada ibu baru seperti makcik.

Kini, ketibaan Syawal dinanti dengan penuh teruja. Kami belikan makcik dan ayah sepasang baju Raya baru, sedondon warnanya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri makcik. Maaf dipinta andai selama membesarkan kami, kami pernah menyinggung perasaan makcik. Moga makcik diberi kesihatan yang sejahtera, diberi umur bermanfaat, hidup bahagia, dirahmati olehNya.

Gambar insan tersayang (makcik) menggayakan baju Raya 

Pantun Raya
Baju sekeluarga sentiasa sedondon,
Berkunjung ke rumah sanak saudara,
Eh ada biskut almond London,
Kuih Raya rumah Nek Usu Dara.

Kek Raya hasil tangan sendiri
Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan membuat 2 jenis kek. Kek paling famous, paling mendapat pujian ramai ialah Kek Lapis Strawberi Coklat. Setiap tahun saya akan membuat kek ni. Bagi saya kek buatan sendiri lebih menjimatkan, lebih ekslusif. Pasalnya kita boleh modified kek tu dengan mengurangkan rasa manisnya, menambah kepingan coklat agar terasa kesedapan kek tersebut.

cara membuat Kek Lapis Strawberi Coklat, resepi kek 2014, resepi kek 2015, kek Raya Aidilfitri 2014, kek Syawal Raya, kek Ramadhan
Gambar Kek Lapis Strawberi Coklat

Resepi Kek Lapis Strawberi Coklat 
Resepi ini telah saya sharekan 2 kali di blog. Iaitu tahun lepas dan minggu lepas. Malah mendapat feedback memberansangkan! Masing-masing berkeinginan nak cuba buat sendiri. Iye..terbukti kesedapannya! Dijemput Cik Puan Jue untuk turut serta mencuba resepi ni. Pasti takkan mengecewakan!

Bahan-Bahan Kek Lapis Strawberi Coklat:

10 biji telur
500 gram mentega
200 gram tepung Hong Kong
1 sudu makan ovalet
130 gram horlick
100 gram buah ceri hiris
1 sudu teh perisa strawberi
200 gram gula halus
7 sudu makan susu manis
50 gram serikaya
200 gram coklat masakan (diparut)
1 sudu teh pewarna coklat
1 sudu teh perwarna merah

Cara Membuat Kek Lapis Strawberi Coklat:

Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Dalam bekas lain pukul mentega bersama susu manis. Kemudian, campurkan kedua adunan tersebut.
Masukkan tepung, ovalet, horlick, serikaya. Gaul sehingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
1)      Bhgn diberi pewarna merah & dicampur ceri hiris
2)      Bhgn diberi berwarna coklat & dicampur coklat yg telah diparut
Guna loyang berukuran 7”x7”
Bakar berlapis-lapis

Salam Ramadhan. Selamat menyambut ketibaan Hari Raya Puasa.