Shila Amzah pemenang ke-3 pertandingan nyanyian di China – I Am A Singer 2014

Tahniah diucapkan buat Shila Amzah! Atas kemenangannya melalui program reality nyanyian di China iaitu I Am A Singer 2014. Dapat nombor 3 tuuuu…boleh tahan! Buat penyokong Shila Amzah yang mengundi kejayaan Shila Amzah dalam program ni, u olls memang terbaek!

Penyanyi Shila Amzah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam tadi. Ia disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel. Juara musim kedua program itu disandang Han Lei dari China manakala naib juara jatuh kepada penyanyi Hong Kong, G.E.M. Pada malam akhir, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Shila Amzah

Pada pusingan pertama, Shila Amzah berduet dengan penyanyi hebat China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ yang pernah dipopularkan Whitney Houston dan Mariah Carey. Di atas persembahan itu, Shila Amzah menerima undian ketiga tertinggi dan mara ke pusingan kedua untuk aksi solo.

Pada pusingan kedua pula Shila Amzah beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul ‘Mama’ nyanyian asal Exo-M. Shila menyertai program realiti nyanyian paling popular di China itu bermula minggu ketujuh pertandingan pada 21 Februari lalu. Pada minggu itu, Shila menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua, sekali gus meneruskan kemaraan ke minggu berikutnya.

Shila Amzah meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).
Sumber: Harian Metro

Tahniah Shila Amzah!!!

14 comments


EmoticonEmoticon