iPad 4 kini dilancarkan! Sure
tertanya-tanya berapa agaknya harga iPad 4 yang terbaru ni. Nak tahu? iPad 4
dijual bermula dengan harga RM1316 dan RM1745. Baca betul-betul, harga tu ditulis
‘bermula’. Pergh..harga memang ribu riban. Tunggu 5 tahun akan datang, tunggu
harga iPad 4 turun baru beli. Hihi…
Apple dalam laman web rasminya, menyatakan pihaknya tidak
lagi mengeluarkan iPad 2, pemberhentian itu setelah mereka memutuskan untuk
tidak lagi menjual produk ini dan kembali memasarkan iPad 4 sebagai pengganti
iPad 2.
Apple mengatakan bahawa iPad 4 tersedia dalam model WiFi serta 3G. Mengenai harganya, model berkenaan akan dikeluarkan dengan harga mulai daripada AS$399 (RM1316) dan AS$529 (RM1745). Tidak seperti iPad Air, Apple hanya menyediakan model iPad 4 dengan kapasiti penyimpanan sebesar 16GB. Kembalinya iPad 4 ke pasaran menjadikan semua produk iPad milik Apple yang ada di pasaran hadir dengan sambungan Lightning.
Selain itu, dari semua produk Apple yang ada di pasaran ketika ini, hanya iPhone 4S yang menggunakan sambungan 30-pin. Seperti iPad 2, iPad 4 adalah produk popular Apple. iPad 4 dilancarkan oleh Apple sebelum iPad Air dan menjadi produk iPad kedua yang hadir dengan teknologi Retina Display. Langkah bijak untuk kembali menghadirkan iPad 4 ini dilakukan Apple agar mereka boleh bersaing dalam segmen menengah.

16 comments
Entah bilalah boleh beli Ipad.. hehe
xminat apple sebab xleh nak bluetooth n share ngan gadjet lain
Zumal hanya mampu tengok jew :)
akak pun mampu tengok je,..huhu
ipad1 pun saya tak mampu beli.
Saya pun nak beli satu...tapi tunggu lah satu per satu setel dulu. Menarikkkk!!!
Teringin jugak nak beli.. RM1700 .. rasanya mampu milik jugak tu..Ada sampai RM2K pun ada yg sanggup beli..
tak mampu nk beli..yang mampu hanya lihat dari jauh je..huhu
Finally Apple want to EOL iPad 2.
Satu iPad pun xde lagi... Mmp miliki tab biasa je.. Huhu...
Ipad menarik... :)
Xpena pkai gadget kluaran apple.. huhu
blh tgk jelah nak beli tak la kot..Yumida nak tunggu lg 5 thn??mau model nih dh xde kat pasaran dan byk lg model yg lg br yg lebih canggih dr model nih..hehehe..
memang tak mampu nak membeli..
Tidak mampu membeli.. tetapi menyimpan angan untuk memiliki. Cehhh
Assalamualaikum dik Yumida..teringin jugak nak memilikinya...hehe..
EmoticonEmoticon