Aizat & Iffah Tersingkir Konsert The Band Minggu 3

Konsert The Band Minggu 3 telah disiarkan hari Sabtu lepas dengan menyaksikan persaingan hebat di antara kesemua peserta yang menyertai program The Band ini. Konsert The Band minggu ketiga membawa tema R&B. Yang menumpukan pada teknik vokal dan penghayatan lagu.

Kumpulan yang berentap dalam Konsert The Band Minggu 3 ialah Xtrim, Alpha, Xcess, Rania, Anggun dan Tiara. Untuk persembahan Konsert The Band minggu ketiga, masing-masing telah menunjukkan kehebatan dari segi vokal.

Namun ada juga rekrut yang tidak berjaya menambat hati Ejen The Band iaitu Syafinaz, Yusry dan Datuk Aznil Hj Nawawi. Rekrut yang dimaksudkan adalah Iffah, Firqin, Aizat, Eriko dan Wanie Ooi. Malah, Yusri juga meminta One Juicy tampil untuk persembahan solonya. Mungkin untuk menilai adakah One Juicy sesuai sebagai bintang solo ataupun bintang berkumpulan. Yang mana melalui misi The Band pencarian bintang untuk membentuk sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa! 

Iffah dan Aizat merupakan peserta yang kali keduanya melalui proses penyingkiran. Di mana mereka semua ini diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam nyanyian dan tarian, sebelum diumumkan..siapakah yang akan tersingkir. Malangnya nasib tidak menyebelahi Iffah dan Aizat apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta keempat dan kelima tersingkir untuk minggu 3 ini.

Iffah dan Aizat tersingkir Konsert The Band Minggu 3

 Gambar Peserta The Band, Aizat & Iffah Tersingkir Konsert The Band Minggu 3
Gambar Peserta The Band - AIZAT

BIODATA AIZAT
Nama sebenar Aizat : Rohaizat B. Hassan
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1993
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur

Gambar Peserta The Band, Aizat & Iffah Tersingkir Konsert The Band Minggu 3
Gambar Peserta The Band - IFFAH

BIODATA IFFAH
Nama sebenar Iffah : Iffah Binti Mohd Hazim
Tarikh Lahir : 8 Februari 1991
Umur : 23 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Penyanyi Kegemaran : Rain, Adam Lambert, Justin Bieber


Penyingkiran Iffah dan Aizat telah diumumkan oleh hos ‘The Band’, Awal Ashaari.
Konsert The Band bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Manakala Whazzup The Band pula akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam serta X The Band pada setiap Ahad, jam 10.00 malam.

2 comments


EmoticonEmoticon