Dunia Pencetus Ummah - Astro Oasis

Masihkah korang ingat akan program Astro iaitu Mimbar Pencetus Ummah. Yang mana dalam program ni menyampaikan dakwah secara kreatif. Pencetus Ummah berjaya menarik perhatian golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak menonton program ni. Banyak ilmu yang diperoleh. Kupasan isu semasa berjaya memancing minat penonton. Malah di Page Facebook Pencetus Ummah, ramai memberi respon positif berkenaan program tv Oasis ni. Selepas diumumkan pemenang Pencetus Ummah Musim 1 iaitu PU Hafiz (Muhammad Hafiz Mohd Haneefa), kini Astro Oasis memperkenalkan Dunia Pencetus Ummah. Nak tahu program terbaru ni? Jom baca..

Dunia Pencetus Ummah - Astro Oasis, dunia PU, pencetus ummah musim 1

Dunia Pencetus Ummah diperkenalkan sebagai kesinambungan Pencetus Ummah. Kejayaan program realiti pencarian pendakwah generasi baharu, Pencetus Ummah (PU) musim pertama yang diperkenalkan pada tahun lalu membuatkan stesen televisyen Astro memperkenalkan kesinambungan program itu menerusi Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU).

"Kami ingin menjadikan peserta-peserta musim lalu terus relevan buat penonton agar mereka lebih dikenali. Program ini pula konsepnya sama seperti Pencetus Ummah (PU)  lalu, cuma dakwah yang disampaikan lebih santai tanpa juri di hadapan. Kami bukan sekadar membawa peserta-peserta Pencetus Ummah (PU) ini berdakwah. Tetapi pada masa sama turut  menganjurkan sesi uji bakat untuk program PU musim kedua sepanjang rakaman program Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU) dijalankan," - Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee Harris

Menerusi Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU), kesemua peserta Pencetus Ummah (PU) musim 1 menjelajah ke tujuh buah negeri bagi menyampaikan dakwah masing-masing. Antara negeri yang akan dijelajah termasuklah Negeri sembilan, Melaka, Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor dan Kedah.

Rakaman program Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU) akan bermula 19 April 2014 dan akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Mustika HD pada setiap Khamis, pukul 9 malam, bermula 1 Mei depan.Sumber: Mstar

Jangan lupa…saksikan Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU)
Page Facebook Dunia Pencetus Ummah
Hari: Khamis
Jam: 9 malam
Tarikh mula ditayangkan: 1 Mei 2014
Saluran: Astro Oasis 106 & Mustika HD 134

Pengisian program berilmiah yang dinantikan semua orang! Tak sabar nak tengok. 

9 comments

salam jumaat yumida...wah dah ada dunia PU...bagus ni...

Ini mmg sgt bagus.. t kasih atas info Yumida.. :)

Kalau Boleh nak tgok Onlone Bole tak...maklumlah kite mne ade astro :((

yg online x pasti sgt. mungkin ada kot. beberapa sedutan.


EmoticonEmoticon