Luffy Tersingkir Konsert The Band Minggu 2

Konsert The Band Minggu 2 telah disiarkan hari Sabtu lepas dengan menyaksikan persaingan hebat di antara kesemua peserta yang menyertai program The Band ini. Konsert The Band minggu kedua membawa tema Kpop iaitu nyanyian dalam bahasa Korea, sambil menari, sambil menyerlahkan imej Kpop yang bergaya.

Kumpulan yang berentap dalam Konsert The Band Minggu 2 ialah Xtrim, Alpha, Xcess, Rania, Anggun dan Tiara. Untuk persembahan Konsert The Band minggu kedua, masing-masing telah menunjukkan kehebatan dari segi tarian dan nyanyian Korea.

Namun ada juga rekrut yang tidak berjaya menambat hati Ejen The Band iaitu Syafinaz, Yusry dan Datuk Aznil Hj Nawawi. Rekrut yang dimaksudkan adalah Iffah, Mustika, Pam, Qiqil, Luffy dan Danish Dash. Danish Dash merupakan peserta yang kali keduanya melalui proses penyingkiran. Di mana mereka semua ini diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam nyanyian dan tarian, sebelum diumumkan..siapakah yang akan tersingkir. Malangnya nasib tidak menyebelahi Luffy apabila namanya diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir untuk minggu 2 ini.

Luffy Tersingkir Konsert The Band Minggu 2. Luffy Tersingkir nyanyian tema kpop. BIODATA LUFFY Nama sebenar Luffy : Ahmad Lutfi    Umur luffy: 23 tahun  Asal luffy: Sarawak Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 1 : Kim Azizd & Dayla Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 2 : Luffy
Luffy tersingkir Konsert The Band Minggu 2

Nama sebenar Luffy : Ahmad Lutfi
Tarikh Lahir : 3 April 1991
Umur : 23 tahun
Asal : Sarawak
Penyanyi Kegemaran : Faizal Tahir & Anuar Zain

Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 2 : Luffy

Penyingkiran Luffy telah diumumkan oleh hos ‘The Band’, Awal Ashaari.
Konsert The Band bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Manakala Whazzup The Band pula akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam serta X The Band pada setiap Ahad, jam 10.00 malam.
Sumber: Murai

10 comments

lya singgah menabung pagi..tak ada rezkinya

hihihi, eloklah tersingkir, mama tengok dia macam tak agresif je. kiki

ohh...tak tengok rancangan nie...

alaaa.. orang sarawak tersingkir..

Semoga dia tidak berputus asa... teruskan usaha.. :)

Orang sarawak hihi jawak eh

Hmm , Moga takberputus asa .. Takde dah laa , orang cute mcam luffy dalam The Banddd

xpernah tgk pun rancangan ni....


EmoticonEmoticon