Remaja sembunyi di tayar pesawat Hawaiian Airlines, terbang selama 5 jam ke California

Kerja gila + nasib menyebelahi engko dik.. Tergamam aku baca paper arini. Pasal seorang budak berumur 16 tahun bersembunyi di tayar pesawat Hawaiian Airlines. Lagi buat aku terkedu giler, budak tu berada kat situ hingga pesawat tu mendarat di Hawaii. Bayangkan u olls, pesawat tu berlepas dari California, nak sampai ke Hawaii tu ambik masa 5 jam lebih! Lama tuuuu… Dah la pesawat tu terbang di ketinggian 10,000 meter. Dengan suhu -65 darjah celcius dan kekurangan oksigen. Budak tu masih hidup. Memang nasib..

 Yang bikin aku musykil..macam mana budak tu boleh terlepas dari pantauan keselamatan di airport. Sampai boleh masuk ke bahagian tayar pesawat. Coz biasanya bahagian dataran luas untuk pesawat landing memang akan sentiasa orang jaga. Ermmm…dah ala-ala cerita Jame Bond pulak.

Remaja sembunyi di tayar pesawat Hawaiian Airlines terbang selama 5 jam ke California. Terbang di ketinggian 10,000 meter. Dengan suhu -65 darjah celcius dan kekurangan oksigen. Remaja tersebut masih hidup!

Pasukan paramedik membawa remaja berkenaan ke hospital selepas dia dijumpai di dalam ruang tayar pesawat penerbangan Hawaiian Airlines. Ketika ditemui, remaja itu berada dalam keadaan separuh sedar dan keliru. Difahamkan, remaja itu melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan ibu bapanya.
Sumber: Kosmo Online

Ditemui hidup memang dah kira bernasib baik. Kalau sebaliknya..haa cer fikir. Tak pasal-pasal kenduri sekampung. Hmmm keep calm ok..jangan buat benda bukan-bukan. Fikir baik dan buruknya..

13 comments

terkesima sekejap..hahaa
dasat budak ni...
nasib baik hidup lagi...

astagfirullah...boleh pulak cenggitu...huhuhu

Ish3.. Bahaya eh..

memang berani betul budak ni..

Rasanya ini bukan kali pertama...

pergh. first time dengar berita cenggini.

nasib budak tu baik.

dasaytnyaa...die menyorok dekat bahagian tayar kot..time nak landing tu terikut sekali

Fuhh.. pnjng umur dia. Kebiasaannya yg terjadi mati bila buat mcm tu...

adehhh ni kerja gila..nasib baik tak hilang nyawa

mmg keja giler..mcm aksi dlm filem plak gayanya..apapun nasib umur dia masih panjang..


EmoticonEmoticon