Pernahkan anda pergi melancong tetapi keseorangan? Atau pun
anda memang sentiasa melancong secara berkumpulan? Ada yang kata melancong
seorang diri membosankan. Tiada teman untuk berborak. Malah melancong secara
solo ni menimbulkan rasa tidak selamat dalam diri. Ye ke? Singkirkan perasaan
negatif tersebut! Kerana melancong secara solo juga memberikan kepuasan terbaik
dan pengalaman berharga dalam diri kita. Nak tahu tip melancong secara solo?
Haa…kena baca sampai habis.
Tip Melancong: Melancong Secara Solo | Melancong Seorang Diri
Cintai diri sendiri
Melancong sendirian akan membuatkan anda semakin menyukai
rakan perjalanan anda iaitu diri sendiri. Setiap saat sangat tepat untuk
mengenal diri sendiri secara lebih mendalam. Apabila rasa cinta terhadap diri
sendiri itu semakin kuat, anda pastinya punya kekuatan untuk terus mengembara
sendirian dengan tenang, berani dan gembira.
Masanya menjadi egois
Ketika melancong sendiri, anda boleh memutuskan
segala-galanya mengikut kemahuan anda tanpa harus berkompromi dengan orang
lain. Tidak akan ada yang melarang anda untuk ke mana saja yang anda inginkan
seperti ke muzium, galeri seni atau hanya sekadar menikmati hiburan malam. Ini
perkara paling berharga yang akan membuatkan perjalanan anda penuh kebebasan.
Percaya diri
Kunci utama melancong sendirian adalah percaya kepada diri
sendiri. Jika keliru arah mana mahu dituju dan ingin melihat peta serta buku
panduan, cari tempat yang tidak terlalu menonjol.
Waspada terhadap bahaya
Bahaya boleh datang di mana saja walaupun ketika di rumah.
Statistik menunjukkan hanya sedikit pengembara yang terkena insiden serius.
Namun, sikap waspada tetap diperlukan untuk menghindari bahaya terutama ketika
bercuti sendirian.
Luangkan masa untuk makan di
luar
Idea untuk menikmati makan malam sendirian mungkin mengerikan
bagi sesetengah orang. Namun, meluangkan masa untuk makan malam ketika
melancong sendirian juga punya kebaikan kerana boleh fokus terhadap makanan
yang anda sedang nikmati sambil sibuk dengan fikiran sendiri. Makan malam
sendiri juga mungkin boleh mempertemukan anda dengan rakan baru yang sama-sama
melancong sendirian atau secara berkumpulan.
Jangan terlalu sibuk dengan
media sosial
Kini, media sosial menjadi sebahagian daripada aktiviti
seharian masyarakat. Saat melancong sendirian, tahanlah sikit keinginan untuk
berkongsi segala cerita mengenai perjalanan solo anda di media sosial. Fokuskan
perhatian pada keadaan di sekitar anda dan nikmati suasananya. Ini membolehkan
lebih banyak cerita apabila pulang nanti.
Lebih mahal dan lebih
berharga
Melancong sendirian mungkin memerlukan perbelanjaan lebih
mahal. Tidak ada teman untuk berkongsi bayaran penginapan atau makanan. Namun, kesenangan
yang diperoleh dengan memiliki masa sendiri tanpa harus berkompromi dengan
orang lain adalah lebih berharga dibandingkan jumlah wang.
Sumber: Harian Metro
Haa…kalau anda planning nak melancong secara solo. Jangan
risau. Tips melancong di atas sangat-sangat membantu ketika anda melancong
seorang diri. Terasa ekslusif dengan diri sendiri. Jangan lupa, rancangkan
percutian anda dengan sebaiknya. Selamat melancong :)
10 comments
no eye contact :P itu paling penting hehe
solo macam sunyi je... apapun tips terbaik ni..
Tips tu sesuai sangat utk zumal yg solo nie, hehe :)
Fuza pernah ke Bandung 1st time all by myself.
Memang mencabar.
Semua orang kita kena anggap "bahaya" untuk waspada.
Pernah pegawai beruniform cuba usha habaq sat, Fuza temberang Husband somewhere with me...
Terus dia blah.
Scary tapi Berjaya bina keyakinan diri
Alhamdulillah
wah...akak mmg berani. memang terasa sunyi klo melancong keseorang tp bez jugak, kita luangkan masa dgn tempat yg kita sukai.
nak try,tapi tak culup duit lagi..hehe
Mmg teringin mahu melancong seorang diri tapi duit saja yang x mengizinkan.. ahak!
Teringin mok melancong sorang2 ;D Mesti best ;D
menarik bab melancong sorg2 nih..info yang terbaik bg yg bhajat nak melancong sendirian..
Nice Sharing
EmoticonEmoticon