Harian Metro (myMetro) akhbar internet nombor 1 Malaysia

Tahniah diucapkan buat laman portal berita paling popular di Malaysia! Nak tahu siapa? Harian Metro atau dikenali sebagai myMetro. Termasuk aku sendiri, setiap hari aku membuka laman portal Harian Metro untuk membaca perkembangan berita terkini. Kepelbagaian berita merangkumi hal negara, isu pesawat MH370, hiburan, sukan, ekonomi dan banyak lagi isu lain diselitkan sekali. Laman portal Harian Metro juga mudah diakses! Ringan loading mungkin menjadi penyebab pelayar internet suka membaca berita dari situ. Selain Harian Metro, aku juga membaca laman portal lain antaranya Berita Harian, Kosmo Online, Astro Awani, Mstar dan Sinar Harian. Yang penting boleh dibaca menerusi online. Zaman makin canggih, informasi semasa hanya di hujung jari! Tahniah sekali lagi buat Harian Metro atas kejayaan sebagai laman web nombor 1 di Malaysia!

Laman web akhbar nombor satu negara Harian Metro (HM) yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my muncul sebagai sebagai laman berita paling popular Malaysia bagi Januari dan Februari tahun ini berdasarkan statistik terbaru kategori media yang dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Harian Metro (myMetro) akhbar internet nombor 1 Malaysia, laman portal berita popular

Hasil tinjauan itu, hmetro.com.my atau lebih dikenali myMetro menduduki tangga pertama bagi kategori portal media di Malaysia dengan 1.03 juta pelayar unik (UV) bagi Januari dan 1.01 juta UV bagi Februari mengatasi portal berita Malaysiakini dan laman akhbar The Star. Selain itu laman myMetro menerima 4.7 juta pelawat bagi tempoh sama dengan setiap pengunjung memperuntukkan purata masa 21 minit di laman web terbabit.

Laporan Google Analytics bagi Mac lalu, myMetro mencatat 3.56 juta UV dengan 33.4 juta tontonan halaman, peningkatan mendadak sebanyak 520,000 UV berbanding 3.04 juta UV pada Januari. Di laman sosial pula peminat Facebook myMetro kini mencatatkan sebanyak 916,275 ‘likes’ manakala akaun Twitter rasmi HM iaitu @hmetromy mempunyai 242,700 pengikut.
Sumber: Harian Metro

Korang punya kesukaan laman web berita apa? Oh ya, laman portal berita Astro Awani merupakan carian popular di Google Malaysia bulan Mac lepas. Tahniah diucapkan buat Harian Metro dan Astro Awani.

8 comments

dulu rajin benar lya baca metro..skrg makin malas dah nak membelinya :)

Yup.. Sy pun selalu ikut mymetro apps kt hp... Apps akhbar lain kurg msra pngguna..

Mmg terbaik.. bnyk berita yg baru...

mmg suka bca hmetro on9 ! =D


EmoticonEmoticon