Drama
bersiri Jiwa ni hanya disiarkan
setiap malam Rabu sahaja. So, tak dapat nak tengok setiap hari. Kena tanda
dalam kalendar, hari Rabu pukul 9.00 malam duduk depan tv tengok drama Jiwa. Drama
lakonan Iskandar (Remy Ishak)
dan Jiwa (Kamal Adli) ini
disiarkan menerusi Slot Aksi.
Sinopsis Jiwa
‘Jiwa’
mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan
Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein)
dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua,
Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang
amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha,
hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.
Oleh
kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih
sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul
dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif
sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik
Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.
Iskandar
dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang
di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini
membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara
sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.
Sementara
itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden
yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja
sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih
mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam
membesarkan Iskandar dan Jiwa.
Selain
bersekolah, Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap
hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju
yang hebat. Iskandar diajar dengan kekerasan kerana Alif tahu yang Iskandar
mampu menerima latihan sebegitu rupa. Manakala, latihan Jiwa lebih kepada
memantapkan kejantannya.
Zulaikha
menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa
lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu.
Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar
lebih jaguh daripada Jiwa.
Apabila
semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar
kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul.
Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan
Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa
yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa. Hubungannya dengan Fara
cuma sebagai kawan rapat.
Pada
masa yang sama, Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini
kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu,
hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat
ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.
Ketika
pertandingan, Iskandar dan Jiwa bertarung dengan lawan masing-masing. Mereka
mara ke pusingan akhir. Pertarungan dua beradik ini berlangsung dengan sengit.
Iskandar membelasah Jiwa tanpa belas kasihan. Jiwa cedera parah sehingga
tangannya patah. Semua orang terkejut dengan perlakukan Iskandar yang
mengganas. Pada akhir pertandingan, Iskandar telah disingkirkan daripada
pertandingan dan Jiwa dinobatkan sebagai juara. Jiwa dikejarkan ke hospital.
Setibanya
di rumah, Alif terus membelasah Iskandar dengan begitu teruk sekali. Mastura
cuba menghalang tetapi dengan tidak sengaja Alif telah menyiku Mastura sehingga
dia terpelanting melanggar dinding dan mengakibat berlaku pendarahan otak. Alif
tergamam dan berhenti membelasah serta-merta.
Masturi
mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara
tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar
bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas
kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu,
Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.
Jiwa
berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin
hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa
memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan
keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Saksikan drama siri
‘Jiwa’ di slot Aksi setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3.
Sumber:
Budiey & kredit foto
Gambar Drama Jiwa
Pelakon Drama Jiwa
Kamal Adli, Remy Ishak,
Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan dan Sheila Mambo.
Saksikan
drama Jiwa
Jumlah
episod: 14
Hari:
Rabu
Jam:
9.00 malam
Saluran:
TV3
5 comments
Macam best jak ;D
Zumal ikut juga citer nie. Memang best :)
nampak menarik drama ini..
menarik ni..
Menarik.. tp cerita mcm ni klu dah tengok, tibe2 missed sekali mmg main jiwa hehee.. nice sharing Yumida.. :)
EmoticonEmoticon