Lawak Siang Malam

Aku baru je mengetahui program Lawak Siang Malam ni. Haih..lambat betul aku ni. Petang tadi jenjalan dating, balik umah je penat. Bila on tv malam ni, pelik tengok..apsal ada siaran baru.. Lawak Siang Malam. Bila lama sikit tengok, ooo…rupanya Lawak Siang Malam niii…

Lawak Siang Malam adalah satu program berbentuk komedi hiburan secara langsung selama 24 jam. Fuh yo! 24 jam tu! Siaran langsung lagi tu. Nak kena jaga 24 jam, stamina kena cukup. Sure mereka yang terbabit dalam program Lawak Siang Malam ni buat persediaan secukupnya. Kang jadi program Lawak Tidur Siang Malam pulak. Hihi..

program Lawak Siang Malam, Matlamat program Lawak Siang Malam: Mencipta Malaysia Book Of Records – yang bersiaran secara langsung selama 24 jam

Program Lawak Siang Malam menyiarkan rancangan berikut:

Skool Of Lawak Akhir
Buletin Lawak
Sembang Teh Tarik
Kuali Terbalik
Gelak Khas
Karoot Komedia X
Betul Ke Bohong
Redah Kasi Pecah
Sabtuday Sinar
Super Spontan
Zizan Show
Maharaja Lawak Mega Terbaik
Raja Spontan Era Akhir
Lagenda Lawak
Jelajah Lawak Sinar

Lawak Siang Malam dimeriahkan oleh pelawak dan juga artis seperti Dato AC, Zizan, Johan, Jep, Shiro, Awie, Yasmin Hani, Nabila Huda dan ramai lagi. Sure heboh dan kecoh! Pssst..nak tahu bila Lawak Siang Malam mula disiarkan?

Program Lawak Siang Malam
Mula: 25 April 2014 jam 10 malam
Tamat: 26 April 2014 jam 10 malam
Matlamat program Lawak Siang Malam: Mencipta Malaysia Book Of Records – yang bersiaran secara langsung selama 24 jam

8 comments

Susah juga kalau kita kena gelak 24 jam :)

eh...ada pulak macam tu ye sis?

Boleh putus urat ketawa klu mcm ni hehee.. :D

Menarik..tapi jenuh la nk kena berlawak selama 24jam..kena ada stamina dan kekuatan diri yg kuat untuk membuat orang ketawa..


EmoticonEmoticon