Pernah suatu ketika, Shila
Amzah meluahkan perasaannya di Instagram apabila dirinya terkena tempias dek
tragedi MH370.
Sesiapa yang membaca artikel
tersebut, pasti merasa simpati akan nasib yang menimpa Shila Amzah di China. Hmmm…sukar
nak huraikan. Hope warga China di sana memahami situasi yang melanda Malaysia.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan pesawat MH370, mencari serpihan
pesawat MH370 (jika benar ia terhempas di Lautan Hindi) melalui satelit. Pun
tiada menunjukkan bukti. Kehilangan MH370 masih diselubungi misteri, sungguh
pun begitu Malaysia tidak pernah berputus asa untuk mencari dan mengesan badan
pesawat, juga kotak hitam. Hope bersabar…
Rating lagu Shila Amzah jatuh
merudum di China. Begini ceritanya…. Selepas menduduki tangga pertama
dalam minggu ke-10 program realiti I Am A Singer di China, kedudukan penyanyi
terkenal Malaysia, Shila Amzah tiba-tiba merudum ke tangga keenam pada
minggu berikutnya.
Difahamkan, penyanyi berusia 24 tahun yang semakin
popular di China itu diboikot pengikut
program realiti popular berkenaan berikutan ketidakpuasan hati rakyat China terhadap cara pihak
berkuasa negara ini mengendalikan misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia
(MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Memang mengejutkan kerana persembahan Shila dengan lagu
Rolling In The Deep pada minggu ke-10 program terbitan Hunan TV dua minggu lalu itu bukan saja mendapat pujian tetapi memperoleh undian tertinggi daripada
penonton termasuk juri, sekali gus meletakkan dia di kedudukan pertama. Namun pada minggu ke-11 yang juga pusingan
separuh akhir, Shila yang membawakan lagu Yang Chong tersingkir ke kedudukan ke-6.
“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung
perubahan kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu MH370.
Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa apatah
lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian penonton juga
berubah kerana masing-masing mahu menyelamatkan peserta tertentu. Kalau nak
kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila
tetap dilayan dengan baik dan peminat yang terserempak dengan Shila begitu
teruja nak bergambar,” – ibu Shila
Amzah
Fauziah berkata, jika benar Shila diboikot gara-gara isu MH370, Shila tetap optimis untuk terus berjuang dan berharap mampu mengharumkan nama negara.
Selain itu, peminat I Am A Singer dan juri profesional program itu turut terkejut dengan kedudukan Shila yang tiba-tiba merudum. Ramai di antara mereka memberikan kata-kata perangsang supaya Shila kembali memperkemaskan kedudukannya selain ada yang mendoakannya muncul juara pertandingan itu.
Sumber: Harian Metro
Sungguh pun begitu, masih ada peminat China yang menjadi penyokong Shila Amzah. Moga mereka dapat menerima kehadiran Shila Amzah dengan baik. Menerima tragedi MH370 dengan cara rasional dan profesional. All the best buat Shila Amzah, moga suskses di luar negara.

15 comments
Macam ni pun ada ayoo be rasional la xkan sebab mh370 semua org malaysia jahat mcm ......
Macam ni pun ada ayoo be rasional la xkan sebab mh370 semua org malaysia jahat mcm ......
Kesiannya Shila. Harap shila tabah. Bukan salah shila pn, xspatutnya peminat hukum dia cmni.
lama tak BW kat sini.. hehe nice entri yumida ^^ huhu sihat ke tuu ??
#kataubaid
Kesian dia.. ingat senang ke nak caro pesawat mh370 tu -___-
Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...harap Shila Amzah tabah mengharunginya...
kasihannya..semoga tabah.
miza pun dah tengok dah instgram tu,
sian kak shila..tapi ramai yang bagi komen positif..
bukan salah sape2 pun :(
Kesian Shila Amzah..
kesiannya kak sha :(.. harap dia dapat jadi juara nanti.. in shaa ALLLAH
siannya
Terkena tempias jugak.. kesian..
kesian sheila trkena tempiasnnya
kesiannya.. kerana MH370, sheila amzah plak terkena tempiasnya.. 2 la kekdg ati manusia kita tak tau kan.. hrpnya sheila tabah dlm mhadapi cabaran yg ada..
Kesian shila..
EmoticonEmoticon