Pemenang Skool of Lawak

Tahniah diucapkan buat kesemua pemenang Skool of Lawak musim 1. Skool of Lawak merupakan program realiti Astro mempersembahkan bakat komedi: Komedi Ada Kelas. Skool of Lawak musim pertama disiarkan secara langsung di Studio Megastar, Arena pada 25 April 2014 yang lalu. Sure ramai yang excited ingin tahu siapa pemenang Skool of Lawak musim 1 ni.. Nak tahu pemenang Skool of Lawak 2014, haa…kena skrol sampai habis.

6 peserta yang mara ke gelanggang akhir Skool of Lawak, masing-masing berusaha memberikan yang terbaik! Azmi, Fiza, Mael, Zam, Yus dan One merupakan peserta yang layak ke final Skool of Lawak. Pemenang Skool of Lawak 2014 ialah..

Pemenang Skool of Lawak Musim 1

Pemenang Skool of Lawak, zam Skool of Lawak

Juara pemenang Skool of Lawak

Zam
Menerima wang tunai RM100,000 dan trofi

Pemenang ke-2 Skool of Lawak

Fiza
Menerima wang tunai RM50,000 dan trofi

Pemenang ke-3 Skool of Lawak

One
Menerima wang tunai RM25,000 dan trofi

Tahniah Zam, Fiza dan One. Wah, banyak duit u olls. Dah la dapat duit, dapat trofi pulak tu. Happy lettew! Pssst! Nak tahu? Kemenangan Zam sebagai juara Skool of Lawak sudah dijangka oleh tenaga pengajar dan pihak juri. Ini kerana Zam sentiasa mendapat undian tertinggi daripada penonton dan juri. Malah, Zam juga menunjukkan peningkatan dalam persembahan lawak komedinya. So, tidak menghairankan jika Zam terpilih sebagai juara Skool of Lawak. Terbaik!

Ucapan buat pemenang Skool of Lawak :
“Kami barisan tenaga pengajar dan barisan juri sudah menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Zam. Ini kerana dia berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak selain mutu persembahan yang cukup bagus. Tidak bermakna lima peserta yang lain tidak menonjol, cuma kelebihan yang dimiliki oleh Zam merupakan faktor utama dia menjadi pilihan pihak juri dan para pengundi,” - Othman Hafsham - pengetua Skool of Lawak

Cabaran tema gelanggang akhir Skool of Lawak

1. Bebas (bersama pelawak jemputan)
2. Muzikal
3. Komedi Stand Up

Sistem pemarkahan Skool of Lawak

70% markah juri (Rosyam Nor, Prof Abdul Razak Mohaideen dan Mamat Khalid)
30% undian penonton

Gelanggang akhir program Skool of Lawak telah disiarkan malam semalam, di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Nak tengok final Skool of Lawak? Juga nak tengok pemenang Skool of Lawak musim 1 ni? Saksikan siaran ulangan di kaca tv anda. Anda juga boleh layari laman web Skool of Lawak di: www.skooloflawak.com.my 
Sumber: AstroGempak

4 comments


EmoticonEmoticon