Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta telah pun berakhir semalam. Sure korang tertanya-tanya, apa kesudahan
drama ni? Apakah dugaan yang perlu ditempuh oleh Mastura dan Jebat dalam
membina rumah tangga yang bahagia. Hidupkah Jebat selepas ditembak oleh Damia?
Adakah Mastura akan melahirkan anaknya dalam drama ni? Penuh tanda tanya. Jom
layan scene episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Gambar Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir
Jebat cedera selepas ditembak oleh Damia.
Kecederaan yang dialami Jebat parah. Mastura tidak dapat mengawal emosinya. Pada masa yang sama takut kehilangan Jebat.
Damia kelihatan seperti orang yang hilang akal. Selepas menembak Jebat, Damia kelihatan tidak tentu arah.
Mastura bersedih nasib menimpa suaminya, Jebat.
Mastura ditenangkan oleh kakaknya.
Damia meracau-racau. Ibu dan ayahnya buntu bagaimana untuk menenteramkan Damia.
Tok imam menasihati ayah Damia agar segera membawa Damia menjalani ujian kesihatan di hospital. Ayahnya dimaklumkan, Damia bukan terkena gangguan makhluk halus.
Damia kini tinggal di hospital sakit jiwa. Dia masih terbayang-bayangkan kehadiran Jebat, membawa jambangan bunga ros buat dirinya.
Mastura dan kakaknya menziarahi perkuburan. Mereka sama-sama membaca yasin. Terdetik di hati. Kubur siapakah ini? Adakah kubur Jebat??? Adakah selepas Jebat ditembak oleh Damia, dirinya turut terkorban? Mungkinkah, ketika Jebat cedera parah dan berada di pangkuan Mastura merupakan pertemuan mereka yang terakhir?
Aryan cuba menyapa Mastura, tetapi Mastura tidak mengendahkan sapaan Aryan. Aryan merasa sangat bersalah.
Ketika Mastura cuba kembali ke rumahnya, Aryan mengejar Mastura dari belakang. Dia ingin meminta maaf atas segala kesalahannya terdahulu kepada Mastura.
Mastura tiba di rumahnya. Setiap genap penjuru mengingatkan kenangannya bersama Jebat.
Mastura menggapai diari yang pernah ditulis oleh Jebat.
Setiap patah perkataan luahan hati Jebat buat Mastura, membuatkan dirinya beremosi.
Ketika membaca diari Jebat, air mata sentiasa menjadi teman setia.
Kata-kata Jebat membuatkan Mastura semakin sedih.
Jebat mencoretkan luahan hatinya buat isterinya, Mastura. Coretan suatu ketika dahulu. Jebat berharap selepas ketiadaannya, Mastura akan membaca diari itu.
Sedang Mastura kesedihan di tepi kolam. Datang seorang lelaki dari belakang. Ya...itulah Jebat! Rupanya Jebat masih hidup!
Jebat mengusik Mastura. Kerana Mastura terkantoi membaca diarinya. Sebab apa..Jebat telah memberitahu kepada Mastura bahawa selepas dia tiada lagi di dunia, barulah Mastura boleh membaca diari itu.
Heboh sekeluarga. Apabila Mastura ingin melahirkan anak. Semua kelam kabut menyediakan kereta.
Mastura berpantang, selepas melahirkan anak.
Mastura dan Jebat bahagia dengan kehadiran bayi kecil mereka,
Inilah anak Jebat dan Mastura.
Jebat membuat kejutan untu Mastura dan menyuruh Mastura menutup mata. Selepas sampai ke destinasi, Jebat mengarahkan Mastura membuka matanya.
Jebat menunjukkan rumah baru mereka. Mastura sangat gembira!
Inilah rumah baru Jebat dan Mastura. -TAMAT-
Sinopsis episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Jebat pulang ke rumah dalam
keadaan berdarah. Dia cedera parah selepas ditembak oleh Damia. Melihat situasi
Jebat, Mastura panik, pada masa yang sama dia tidak mahu kehilangan Jebat. Damia
mengalami tekanan mental dan kini dirawat di Hospital sakit jiwa akibat rasa
bersalah kerana menembak Jebat. Dalam pada itu, Aryan menyesali segala
perbuatannya terhadap Jebat dan Mastura. Dia telah meminta maaf kepada Mastura.
Selepas balik dari
menziarahi kubur, Mastura mengambil diari yang pernah ditulis oleh Jebat selama
ini. Hatinya sayu…
Mastura membaca diari yang menceritakan segala-galanya tentang Jebat dan
betapa sayangnya Jebat kepada Mastura. Mastura amat terharu kerana Jebat pernah
mengatakan yang diari itu hanya boleh dibaca setelah Jebat tiada lagi di dunia
ini. Air mata sentiasa berjuraian. Pengakuan Jebat dalam diari itu meruntun hatinya. Mastura
menangis teresak-esak.
Mastura
membawa diari tersebut di tepi kolam. Dari belakang, seseorang berpakaian merah
datang memeluknya. Susuk tubuh itu kelihatan..Jebat. Ya, itulah Jebat! Jebat
mengusik Mastura bila mengetahui Mastura mencuri-curi membaca diarinya.
Mastura
semakin sarat mengandung, bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak. Jebat
pula sentiasa mengusik Mastura. Mereka kelihatan sangat bahagia. Selepas
Mastura melahirkan anak, Jebat membuat kejutan untuk Mastura. Dia mengarahkan
Mastura menutup matanya dan memberhentikan keretanya di suatu tempat. Jebat
menyuruh Mastura membuka matanya. Jebat telah membeli rumah baru! Mastura
sangat gembira dan teruja untuk tinggal di situ bersama anaknya yang comel.
-Bukan Kerana Aku Tak Cinta- Tamat! -
-Bukan Kerana Aku Tak Cinta- Tamat! -
9 comments
alamak , tak tengok la cite ni .
tak sempat tgk la.. ehehe
apa un endingnya happy
Bestttttttttttttttt ;D
baru sempat tgok tengahari tadi..best2
menarik gak
Gimik lebih kan semalam.. tp akak dh baca novel dia so tahu la jebat tak akan mati pun..
ingtkn jebat mati..
wah bestnya plak endingnya kan
bestnya ending citer nih..
EmoticonEmoticon