Rahsia Personaliti Mengikut Buah Kegemaran

Setiap orang mempunyai buah kegemaran masing-masing. Di sebalik buah yang masak ranum, sedap, menyegarkan, penuh berkhasiat, terkandung akan rahsia personaliti seseorang. Penuh suspens kan? Jom baca..

Kajian yang dijalankan di US oleh Dr Barnett mengenai hubungan unik antara buah kegemaran seseorang yang berhubung kait dengan personaliti mereka. Tahukah anda terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi personaliti seseorang.

 Rahsia Personaliti Mengikut Buah Kegemaran

Rahsia Personaliti Mengikut Buah Kegemaran


1) JENIS LIMAU (Contoh: oren, lemon, limau nipis & bali)
- Anda sukakan sesuatu yang mencabar dan cenderung kepada warna-warna cerah. Teman-teman anda pula suka merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada anda. Ini kerana anda mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga teman-teman yakin dengan nasihat dan pandangan anda. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri anda yang sebenarnya. Anda gemar berehat dan kadangkala suka bersendirian. Teman-teman anda selalu berasa senang bila meluangkan masa dengan anda. Anda tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin. Simbol anda menunjukkan anda seorang yang suka mengambil berat.

2) JENIS BUAH-BUAHAN TROPIKA (Contoh: betik, pisang, jambu, kiwi, nenas)
- Anda sukakan pengalaman-pengalaman yang baru.Orang di sekeliling anda selalu menghadapi masalah dengan anda kerana cara hidup anda yang terlalu aktif. Kebiasaannya pasangan anda terdiri dari individu yang tenang berbanding anda. Anda gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan anda.Teman-teman beranggapan diri anda seorang yang mudah didekati. Anda juga mempunyai pendirian yang tersendiri. Anda tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol anda itu melambangkan anda seorang yang lasak.

3) JENIS BUAH LADANG (Contoh: epal, pear)
- Anda bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi anda juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling anda. Ini kerana anda bijak membebaskan diri dari tekanan hidup dan anda sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri anda. Anda juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri. Anda tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan anda adalah seorang yang berpengetahuan luas. Anda gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan anda berdasarkan pengetahuan yang anda miliki itu. Simbol anda adalah kekuatan.

4) JENIS TEMBIKAI (Contoh: tembikai, tembikai susu)
- Seseorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi anda, wujudnya kepuasan apabila anda berjaya membantu orang lain. Anda memiliki ramai teman rapat dan anda juga memiliki keperibadian yang romantik. Anda berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Simbol anda melambangkan diri anda sebagai individu yang berhati-hati.

5) JENIS BUAH-BUAHAN CERI (Contoh: strawberi, anggur, tomato)
- Anda gemarkan hiburan! Anda suka menggembirakan orang lain. Anda juga mudah mendapat teman baru kerana anda adalah seorang yang periang dan peramah. Anda akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang amat pelik. Personaliti anda sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri anda sendiri.Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti anda itu saling berkait rapat dan sekaligus menonjolkan diri anda memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol anda membuktikan anda mempunyai personaliti yang menarik.

6) JENIS KEKACANG (Contoh: walnut, hazelnut, gajus)
- Anda ini "moody" lah!! Kadangkala mood anda berubah-ubah tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri anda. Sekiranya anda yakin anda berpihak di pihak yg benar, anda pasti berdegil dengan pendirian anda itu. Orang yang berada di sekeliling anda juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana ketegasan anda itu. Dalam percintaan, anda adalah individu yang setia. Anda sanggup mengenepikan teman-teman hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati. Untuk mengenali anda, seseorang perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali anda lebih dekat. Simbol anda menunjukkan anda adalah seorang yang berpendirian.

7) BUAH-BUAHAN JENIS LABU (Contoh: kundur)
- Anda berpandangan jauh. Anda adalah individu yang sering berperasaan curiga. Boleh dikatakan setiap persoalan yang anda mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling anda. Teman-teman anda akan bergantung pada anda dan sikap ambil berat anda itu pasti dihargai. Simbol anda melambangkan diri anda sebagai seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Terungkai sudah rahsia personaliti berdasarkan 7 kategori buah-buahan kesukaan. So, di antara ketujuh-tujuah buah di atas, yang manakah buah-buahan kegemaran anda?

Yumida sukakan buah limau! Di samping rasanya yang ala-ala masam manis, rupanya ada sedikit kebenaran di situ. Suka kaler cerah, i lettew. Hihi… Suka berehat, suka bila berada bersama kawan-kawan. Part yang ni ada dicetuskan oleh kengkawan Yumida, sukar diramal, sukar untuk mengenal sifat peribadi Yumida.

Korang pulak macam mana? Buah mana yang korang suka? Ada kaitan tak dengan personaliti korang?

Pssssst! Nak korek rahsia lagi? Jom baca:

29 comments

kalau order jus kat kedai mesti nak jus nenas..huhu..buah2 tropika la kot..:)

salam. eehee baru tau rupanya ada personaliti disebalik buah kegemaran :)
btw menabung ford dan michelin :)

banyak betul ni favourite akak ni Yumida... pssst...pertanyaan Yumida akak dah jawab di dalam entri pertama hari ni...

assalamualaikum yumida...mama pun suka yg jenis limau tu...:)

Saya suka semua, macm mana tu. hehehe

saya suka kesemuanya. ape persenoliti sya ya?? atau saya x de persenaliti?? hehehe.....

lya suka semua buah boleh :)

dfiqa paling suka epal dan tembikai hehehe :D seronok dapat makan

buah-buahan tropika semestinya..

makan buah pon boleh tau personaliti ye....kite suka makan tembikai....

tembikai sentiasa nombor satu di hati...hak hak

No 3, 4

Agaknya Dress tu ok tak? Komen jap
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/giveaway-by-sha-malek.html

saya suka jenis tembikai dan buah2an ceri..wow, mmg kena la ngn personaliti..hehehe..

nak share info nih boleh tak Yumida???

boleh je share. yumida pun ambik dari sumber lain. jgn lupa bg kredit pd pemiliknya Sumber: Warna 94.2fm Official Fanpage. hihi

Saya suka semua jenis buah kecuali kundur...tembikai after bersalin anak no.1 sampai sekarang tak makan..bukan tak suka tapi takut nak makan sebab dia buah yang sejuk...nanti sakit urat hehehe..

Kalau buah memang tak tolak...paling suka buah tembikai!
Ya, ada sedikit kebetulan persamaan dgn personaliti yg diberikan... :)

#3. Wow. Mcm kenak jak.. Hihii. Syukur, kurniaan Tuhan juga tu ^^

ehh macam banyak jenis buah je yang N suka..

TQ Yumida..sumber mmg selalu letak..dah bukan artikel sendiri..

terbaek dari ladang.. itu laahh feverate buaha2an Zara .. muaahahaha.. =D

mek suka honeydew & kekacang. ada betol nya juak rupa ya.haha.


EmoticonEmoticon