Jana pendapatan melalui hobi dan kelebihan diri

Terpana jap aku membaca artikel ni. Sungguh memotivasikan aku! Melalui aktiviti kegemaran kita atau lebih senang dipanggil hobi, boleh menjana pendapatan kita. Kelebihan yang ada dalam diri kita dimanfaatkan sebaiknya hingga boleh menjadi sumber pendapatan. Kelebihan seseorang mungkin berbeza. So, kena kaji apa kelebihan kita. Gunakan peluang yang ada untuk mengeksploitasi kelebihan kita. Tidak mustahil, melalui hobi sahaja seseorang boleh raih pendapatan yang lumayan hingga mencecah ribuan ringgit. 

Suka memasak, tangkap gambar, menulis ataupun pandai berbicara? Semua kelebihan ini boleh ditukarkan kepada wang ringgit jika kita mahu dan tahu caranya. Jangan sia-siakan bakat yang ada tetapi cari jalan merealisasikan kreativiti yang ada untuk memperoleh pendapatan sendiri pada usia muda.

Sedalam mana pengetahuan kita terhadap sesuatu boleh dikembangkan dan dikongsi dengan orang lain. Bukti jelas yang ada menunjukkan ramai anak muda berstatus peniaga dan usahawan sama ada di dalam talian atau memiliki premis kedai, memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan didorong rasa minat.

Jana pendapatan melalui hobi dan kelebihan diri, make money, seller, designer

Contohnya, hobi seseorang suka mengumpul koleksi terbaru hijab menjadikan mereka produktif mengeluarkan label tudung sendiri di pasaran. Hobi dan minat dalam bidang fesyen ataupun mereka cipta busana menjadi pendorong mereka memilih kursus seni reka dalam pengajian.

Memang tiada jalan mudah untuk menjana duit tetapi bukan mustahil untuk mendapatkannya jika kita tekun dan rajin. Menjadi lebih kreatif supaya dapat mencari lebih banyak peluang membuka laluan kepada sesiapa saja yang tidak mahu terkongkong dengan bekerja makan gaji. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar untuk menjadi inovatif, maka anda akan menemui seribu satu cara untuk menukarkan hobi kepada wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah saja.

Setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang dilahirkan petah berbicara, pandai menjahit, bijak bertukang, minat mengumpul barang antik dan sebagainya menjadikan setiap orang tercipta dengan keunikan masing-masing. Untuk memulakan langkah ini, anda perlu kenal pasti kelebihan diri dan usaha untuk ‘menjualnya’ dengan cara terbaik.
 Sumber: Harian Metro

blogging, Jana pendapatan melalui hobi dan kelebihan diri, make money
Jika anda berpendapat hobi berkaitan perniagaan tidak menguntungkan, carilah pekerjaan yang boleh dikaitkan dengan minat anda. Contohnya, anda suka menyatakan pemikiran dalam bentuk tulisan di blog, jadi, kenapa tidak mencuba untuk menjadi seorang penulis? Atau mempunyai kepakaran dalam membuat rekaan grafik, cari peluang untuk bergabung dengan pasukan kreatif di syarikat pengiklanan mahupun majalah. Selain mendapat kepuasan melalui hobi, anda juga mendapat bayaran untuk hasil kerja dilakukan.

Mulai sekarang kaji kelebihan diri kita. Gunakan kelebihan itu untuk menjana pendapatan. Minat yang mendalam terhadap sesuatu, pastinya memotivasikan kita untuk memberikan yang terbaik. Jom… jana pendapatan melalui hobi dan kelebihan diri!

18 comments

betul tu yumida..lya pernah cuba-cuba meniaga kecil2 je..dari sekdar hobi blh jadi pendapatan sampingan..cuma sejak sibuk urus b2b nie..lya stop dulu sementara

btul2..klau ada usaha pasti berjaya.

kenali potensi diri anda kata kunci nya di sini.=)

betul tu, dari hobi boleh dijadikan sumber pendapatan jika betul dan kena caranya....

betul, saya sokong dgn statement tuh..dari hobi bertukar menjadi sumber pendapatan..ramai yg dah berjaya dgnnya..

insyallah amin..tq for sharing

zaman sekarang, hobi dan wang ringgit berjalan seiring..

ya.. sangat betul.. dulu cik azue main2 ajer blogging nie.. tapi bila menjadi WAHM dan bergabung dgn kumpulan Akademi bekerja di Rumah, cik azue jadi mcm mudah sgt nak jana pendapatan even duk di rumah, cuma kena rajin korbankan TV la... apakata anda baca di blog cik azue dan kenali bagaimana cik azue dengan Akademi ni.. byk peluang yg mereka ciptakan utk kita yang ingin bekerja dari rumah.. oppss,,, terpanjang pula cik azue..

tambah bersemangat,tq kongsi :)

Assalamualaikum yangg, in shaa Allah. dalam masa terdekat nak jana pendapatan melalui hobi. hehehe doakan sheila ya ~~~

Sy suka melukis, suka bermain dgn warna. So sy mulakan slow2 bisnes hand painted tote bag. Alhamdulillah...walaupun takde la untung sgt, tp sy puas hati. Kepuasan bila buat benda yg kita suka. Boleh like page biz sy, Tote Bag By Bearyblossom :)

Betul tu.. hobi yg disertakan usaha dpt menjana pendapatan yg lumayan.. hati pun gembira.. :)

Setuju sangat...dapatkan sumber pendapatan sampingan dari kelebihan kita

senang bila keja yg kita buat kita uska..hobi kita..
sbb semuanya akan dipermudahkan...

Wahh hobi pon blh tambah pendapatan


EmoticonEmoticon