Blogger Syira Lokman di Harian Metro

Siapa sangka umurnya begitu muda, tetapi penulisannya sampai di dada akhbar. Terkejut sekejap apabila url blog terbentang dalam keratan akhbar. Syiralokman.blogspot.com – oh blog tu..aku kenal! Malah kengkawan lain jugak mengenali dia. Pernah beberapa kali dia mencoretkan buah fikiran di kotak komen blog Yumida. Hari ni, nampak wajahnya di akhbar Harian Metro. Blogger Syira Lokman. Tahniah, masuk Harian Metro. Dengan tajuk besar: Baik Buruk, Fikir Sendiri. 

Kebanyakan perkongsian yang dimuat naik di laman blog pada awal pembabitannya dalam dunia penulisan banyak berkisar mengenai diri dan juga alam persekolahan. Selain itu, dia turut berkongsi ilmu berkaitan fesyen, resipi, tip penulisan blog serta puisi tetapi ia diberikan sedikit sentuhan psikologi memandangkan dia amat meminati bidang berkenaan. Lantaran itu, boleh dikatakan status yang dikongsinya memiliki dua situasi berbeza.

Pemilik blog Syiralokman.blogspot.com, Wan Shahirah Mior Lokman, 20, berpendapat mungkin tidak ramai memberi perhatian kepada situasi baik dan buruk terhadap keputusan yang mereka ambil dalam kehidupan seharian.

Blogger Syira Lokman di Harian Metro
Blogger Syira Lokman
Nama penuh: Wan Shahirah Mior Lokman

“Saya cuba membuatkan pembaca berfikir seketika sama ada apa yang akan dilakukan itu terbaik ataupun sebaliknya. Walaupun kelihatan remeh, ia memberi peluang kepada diri untuk menyedari kesan ke atas setiap tindakan diambil. Konsep digunakan itu bukan sekadar menjadi rujukan pembaca malah saya sendiri turut menjadikannya sebagai iktibar,” - Blogger Syira Lokman

Dia mula menceburi bidang penulisan blog sejak 2011 kerana minatnya dalam bidang penulisan tetapi ketika itu dia sekadar melakukannya untuk memenuhi masa terluang.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang penulisan blog sebagai sebahagian daripada rutin harian diri tetapi ternyata lama-kelamaan ia makin menarik minat. Malah, saya tidak menyangka ada pembaca sudi mengikuti apa yang saya ketengahkan itu. Walaupun tidak seramai mana, ia cukup membuatkan saya terharu dan bangga,” - Blogger Syira Lokman

Shahirah berkata, seiring peningkatan usia pengisian laman blognya turut berubah dan menjadi lebih matang. Dia turut menjadikan blognya sebagai satu cara menyampaikan dakwah dengan cara paling santai. Malah, menerusi pembabitannya dalam dunia blog, dia memiliki ramai rakan untuk berkongsi ilmu.

“Saya lihat apa yang berlaku di sekeliling untuk menulis sesuatu yang boleh mengubah tanggapan masyarakat mengenai sesuatu atau mengubah diri untuk lebih maju ke hadapan. Segala yang saya tulis itu diluahkan dari hati dengan niat untuk membantu dan memberikan nasihat kepada mereka yang memerlukan,” - Blogger Syira Lokman

Selain itu, dia turut berkongsi penulisan puisi yang mendapat ilham daripada perkembangan semasa. Sebelum ini katanya, dia tidak pernah mengetahui wujudnya buku puisi hasil tulisan penulis terkenal. Namun kini, penghasilan puisi menjadi keistimewaan dalam laman blog­nya. Ia membuatkan dirinya menyelami sesuatu perkara dengan cara tersendiri.

“Idea untuk menghasilkan sesuatu puisi hadir secara spontan, begitu juga dengan tema yang ingin dikemukakan. Saya sendiri cukup bertuah dan bersyukur kerana ia sesuatu yang baru buat diri saya,” - Blogger Syira Lokman

Untuk perancangan masa depan dia ingin menghasilkan buku dengan mengumpulkan puisi yang dihasilkannya buat tatapan umum.
Sumber: HarianMetro

Wah…hebat dalam mengarang puisi. Yumida ucapkan moga berjaya ye Syira. Mana tahu suatu hari nanti boleh jadi novelistar pulak. Salam kejayaan :)

27 comments

wahh..tahniah syira..hehe..akak yumida bile lagi? ;)

Wah..bestnya..Tahniah buat Syira Lokman.. =)

huahuahua..soalan panas tu. hihi
belum lagi. tunggu la bila tiba masanya

Tahniah ;D

tahniah blogger muda yg bijak menulis.

Tahniah Syira Lokman :)
Kak Yumida coming soon hehe :)

Tahniaj buat beliau.. akak isi tabung kat sini jugak.. =D

wah, bestnya dpt masuk tv. akk bile lagi? ehem ehem. hehe

wahhhh... hebatnya syira. glamer gitu...

Wah2. Hebat2nya blogger2 ni. Hehe

Tahniah... semoga menjadi inspirasi kpd yg lain.. :)

memang berbakat..lya selalu juga singgah ke cna

Zara suka baca blog Syiraa ni.. penulisan matang .. kalah Zara.. seriously.. =D

Assalamualaikum dik Yumida...tahniah kepada blogger Syira Lokman...semoga beliau terus berjaya...

la...baru perasan..heheh..thanks ye bg sokongan ^_^

Tahniah Syira Lokman.. memang terbaik laa..


EmoticonEmoticon