Sebut sahaja perkataan madu,
terbayang kek dan minuman yang boleh dihasilkan melalui penggunaan madu.
Rasanya bukan sahaja sedap, tetapi mujarab dalam perubatan dan kecantikan. Khasiat madu lebah bagi
tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap
penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan
masyarakat tanpa mengira usia.
Madu adalah salah satu penawar yang
tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan
manfaat untuk manusia. Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan
madu sangat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu
khasiat madu?
Nak tahu kandungan yang ada dalam madu? Madu mengandungi mineral dan vitamin
seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Secara semula
jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain
mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan
fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3. Madu
sememangnya banyak memberi manfaat untuk kesihatan manusia. Berikut adalah
beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:
Khasiat Madu:
1. Melegakan sakit tekak dan batuk
Madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu menghalang jangkitan
bakteria dan mengurangkan kesakitan.
2. Merawat luka dan cedera ringan
Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang
pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan
mempercepatkan proses penyembuhan.
3. Baik untuk sistem pencernaan badan
Madu boleh mengelaksembelit, masalah tidak lawas dan
melegakan sakit perut.
4. Menjadikan kulit lebih cantik
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh
mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit.
Kegunaan Madu:
Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh
melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilangkan kelemumur. Jika digunakan
untuk menggosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi. Bahan aktif di
dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk
mencegah jangkitan kuman dan kulat.
Kebaikan madu dari sudut
perubatan Islam:
Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan
dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham
kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di
pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,”
(Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan
dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya
daripada 77 penyakit.
“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia
meminum madu. Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati
dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil
mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya
kurang, ia tidak mengurangkan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh
membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain. Untuk kes tertentu, pesakit
perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan
izin Allah SWT.
Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki
meminum madu untuk mengubati sakit perutnya. Lelaki itu hanya mengambil dalam
dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih
kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di
dalam perut. Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya
belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak
mencukupi. Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu
sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.
Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan
alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang
bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan
daripada khazanah alam ciptaan Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya.
See, banyak manfaat madu. Kerana khasiat madu yang begitu
tinggi, kini madu telah dikomersilkan, dijadikan perniagaan. Dahulunya aku
kurang suka pada madu, sebab rasanya manis. Now, dah tahu banyak khasiat dan
kelebihan madu dalam kesihatan kita, sekali sekali madu dimasukkan dalam makanan
dan minuman. Nak jugak kulit secantik baby kan. Hihi..
17 comments
selalu minum madu......
Madu minuman utama saya...
'madu' yang lagi satu tu byk khasiat tak? :-p
kalau anak batuk tak elok2 pon akak cari madu bagi dia minum...baru elok..
madu yg mana 1?
madu 3 dlm citer p.ramlee tu ke? hihi
Mmg banyak khasiat madu tok ;D
Madu memang sedap dan berkhasiat :)
Madu sememangnya penawar yang mujarab...
Salam yumida..lama kak intan x singgah sini..sebab lama x buka blog dan x bw...yumida sihat? memang banyak khasiat madu ni
Alhamdulillah... Lama dh x mkn ubat btuk... Madu juga mknn sunnah...
Tak pernah try madu lg...lepas ni insyaAllah akan mempertimbangkan utk minum madu.
Madu kalau makan dengan waffel mesti sedap. lapar pulak dina
Madu mmg bnyk manfaatnya kan... subhanallah.. kdg2 saya suka letak madu minum dgn teh limau.. sedap juga buat minum2 ptg.. :)
memang di akaui madu byk khasiatnya..
waaaaaa... baruu tauu.. seriously !!
madu mmg banyak khasiatnya.. ianya tak dapat disangkal lagi..
Patutnya setiap rumah harus ada madu lebah ni.. boleh digunakan apabila diperluakan..
EmoticonEmoticon