Semua
orang di dunia ini sukakan kecantikan. Kulit cantik, lembut, halus, kelihatan
berseri-seri..semua orang inginkan kulit seperti itu. Tengok kat tv, terpesona
tengok pelakon Korea. Cantik bebeno kulit diorang. Even ada di antara mereka
selebriti yang dah berusia, tapi kulit wajah mereka tetap cantik!
Siapa
nak kulit yang cantik? Kulit sihat, kulit berseri-seri. Jom ikuti panduan tips
kecantikan, cara mendapatkan kulit yang cantik, cerah dan berseri.
Tips mencantikkan kulit
1. Tidur menggunakan bantal bersarung sutera
Kebanyakan
kita menghabiskan 7 hingga 8 jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang
tidak disedari boleh menyebabkan kulit berkedut. Boleh dikatakan semua orang
tidur di atas bantal bersarung kain kapas, menggesel bahagian kulit muka yang
lembut dan leher ketika tidur. Perkara ini menyebabkan kemunculan garisan kekal
pada kulit muka. Justeru, bertukar segera kepada sarung bantal jenis sutera. Ia
membantu mengurangkan geseran pada kulit bagi mengelakkan wujudnya garisan pada
kulit setiap kali bangun tidur. Malah, fabrik berkenaan juga tidak menyerap
lembapan dari kulit. Aah la..kat rumah memang pakai kain kapas, lepas ni boleh
tukar sarung bantal kain sutera. Insha Allah kulit akan menjadi cantik!
2. Lakukan lulur dua kali seminggu
Mungkin
ramai daripada kita sering mengabaikan langkah ini dalam penjagaan kulit wajah
kerana menganggap ia remeh untuk dilakukan. Lazimnya, sel kulit mati melekat
pada permukaan kulit, menyebabkan ia kelihatan pudar dan meninggalkan rasa
kasar. Lulur muka dan leher dengan bahan penyental yang lembut dua kali
seminggu selepas membersihkan muka. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati
dan membantu merangsang penghasilan kulit yang baru. Sebaiknya, pilih bahan
penyental muka yang mengandungi manik halus dan elakkan daripada menyental
wajah terlalu kuat. Pergerakan secara membulat dengan lembut sudah memadai
untuk menghasilkan kulit yang cantik dan lembut.
3. Elakkan mandi terlalu lama dengan air suam
Memang
seronok jika dapat mandi di bawah pancuran air suam dalam tempoh masa lama.
Namun,
tahukah anda bahawa air suam boleh menghilangkan minyak semula jadi yang
terdapat pada kulit menyebabkan proses nyahhidrat atau dehidrasi (kehilangan
lembapan).
Apabila
kulit mengalami proses nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cuba mandi dengan
air sejuk kerana ia bukan saja satu cara untuk menyegarkan tubuh selepas
seharian bekerja, malah ia juga menjadikan kulit lebih sihat.
4. Sapukan krim tabir suria sepanjang hari
Pendedahan
berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit tampak kasar. Justeru,
penting untuk menyapu semula pelindung UV pada kulit kerana krim disapu pada
muka sebelum bergerak ke tempat kerja tidak lagi berkesan selepas keluar makan
tengah hari. Sinaran matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan
kerosakan kekal pada kulit dan disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia. Gunakan
tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka dan sapu semula krim tabir
suria pada muka serta leher. Jika boleh, elakkan terkena sinaran matahari pada
waktu paling terik iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Nak dapatkan
kulit cantik, gunakan pelindung UV.
Sumber:
Harian Metro & kredit foto
4
tips yang sangat berguna dalam mencantikkan kulit. Tips yang sangat mudah.
Lepas ni makin berseri-seri kulit u olls. Jom dapatkan kulit yang cantik, cerah
dan berseri!
12 comments
Assalamualaikum . terima kasih kak bagi tips-tips ni . yang no 1 tu . . huhu baru tahu . . singgah menabung nuffnang sekali :)
Nice sharing sis
singgah sini kak :)
tips yang menarik ni..
kain jns sutera.. mmmm.. payah tu.. ehheheh
lulur berupaya membuang daki dan kotoran..
tp syg jrg dpt masa utk berlulur..
thanks for sharing yumida. okay...akan cuba amalkan
Nice tip
Tips berguna utk kita semua
Tq Yumida
Nice sharing..
Info yang bagus utk diamalkan..
EmoticonEmoticon